fbpx

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Sokongan HALUAN Kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Mengusahakan Peruntukan Kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Agama Persendirian

Merujuk kepada kenyataan akhbar Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik dalam Utusan Online bertarikh 21 November 2018 yang berkata dua jenis sekolah tersebut di atas agak ketinggalan dalam belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan awal bulan November lepas, justeru itu Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan ini:

Menyokong penuh dan mengharapkan ianya dapat menjadi kenyataan.

1. Adalah menjadi harapan HALUAN yang mempunyai 17 buah Sekolah Angkat di seluruh Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Agama Islam Negeri untuk mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut sama seperti yang dinikmati oleh institusi pendidikan lain yang ada di Malaysia. Ini selaras dengan hak asasi pendidikan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 14, 17, 18, 28 dan 29 Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang diratifikasikan oleh Malaysia pada 17 Mac, 1995.

2. HALUAN juga berpandangan peruntukan yang sewajarnya perlu diberikan kepada kedua-dua institusi ini kerana:

  • Kedua-dua institusi ini telah lama berada dalam sistem pendidikan di Malaysia yang turut juga menyumbang dalam melahirkan modal insan yang telah berkhidmat dan memberi sumbangan yang banyak kepada masyarakat.
  • Sumbangan yang diberikan ini dapat membantu pihak Pengurusan sekolah menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan seperti tempat belajar yang lebih kondusif, alat bantuan mengajar, latihan guru dan latihan-latihan peningkatan profesionalisme dalam kalangan warga pendidik.
  • Kewujudan kedua-dua institusi ini sebenarnya telah melengkapkan dan membantu pihak kerajaan dalam usaha-usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan yang komprihensif kerana dapat melahirkan tenaga manusia yang memiliki ilmu-ilmu semasa (akademik) dan pada masa yang sama ilmu-ilmu diniyah. Dengan kata lain, ia dapat melahirkan golongan PROFESIONAL MUSLIM.

3. Dengan ini, sekali lagi HALUAN menyokong penuh usaha-usaha YB Menteri Pendidikan dalam mendapatkan peruntukan tambahan ini dan berharap kerajaan khususnya Kementerian Kewangan dapat meluluskannya demi kemajuan pendidikan holistik di Malaysia.


DR. ABDULLAH SUDIN AB RAHMAN
Presiden
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

###