
Mendepani Wabak COVID-19 Melalui Istighfar
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم.
Saya ingin memulakan pertemuan kita ini dengan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga HALUAN di seluruh negara, dari Perlis sampai ke Sabah yang telah terjun ke medan untuk melaksanakan tugas yang suci murni mendepani wabak COVID-19 di mana saja mereka berada. Setakat ini, nampaknya tumpuan diberikan kepada barisan hadapan perkhidmatan kesihatan (Pejabat Kesihatan & Hospital), Polis, Bomba & Penyelamat, dan golongan B40 yang memerlukan bantuan dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan kefahaman, bekal dan kesediaan yang ada, kita telah dapat melaksanakan slogan “Berakhlak, Mendidik dan Berbakti” secara amali.
SENARIO WABAK COVID-19
Di peringkat antarabangsa, Senario Wabak COVID-19 agak berubah. Di peringkat awal ia tertumpu di Asia, China dan Korea Selatan serta Asia Tengah, Iran, dan di Eropah pula hanya Itali yang agak teruk. Tetapi keadaan kini telah menjadi bertambah buruk terutamanya di USA dan Eropah. Jumlah kes sudah melebihi 1 juta dan kematian melebihi 54,000. Di Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada progres ke arah kebaikan dan graf agak semakin mendatar walaupun saban hari ada sahaja kes baru ditemui. Program mitigasi, pencarian aktif dan ujian kontak dipergiatkan. Respon kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bertambah baik, walaupun ada beberapa kawasan dinaikkan kepada taraf PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengumumkan kemungkinan larangan terhadap perhimpunan ramai dilanjutkan.
Wabak COVID-19 bukan saja melibatkan isu kesihatan tetapi telah bergerak kepada banyak aspek kehidupan manusia terutama ekonomi. Di USA umpamanya jumlah pengangguran telah meningkat kepada lebih enam juta orang. Ratusan juta orang hilang pekerjaan di India. Harga satu topeng penutup muka (mask) di Malaysia telah meningkat dari RM0.80 menjadi lebih RM2.00 bahkan ada yang berharga lebih RM10.00.
WABAK COVID-19 SEBAGAI UJIAN
Allah telah berfirman dalam Al-Quran di banyak tempat, antaranya surah Al-Ankabut 29: 1-3:



Ternyata bahawa ujian dalam apa juga bentuk ialah untuk menguji keimanan manusia. Jadi COVID-19 adalah satu bentuk ujian daripada ALLAH SWT demi melihat siapa di antara hamba-hambaNYA yang beriman dan tidak.
Lazimnya, ujian bukan sahaja datang dalam bentuk kesusahan dan penderitaan tetapi juga dalam bentuk kesenangan. Al-Quran menjelaskan:

Orang-Orang Mukmin Sungguh Menakjubkan
Bahkan Rasulullah SAW bersabda bahawa Orang-Orang Mukmin Sungguh Menakjubkan:
عَنْ صُهَيْبٍ قَال :َقالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Bermaksud: Daripada Shuhaib ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)
Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur, dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar. Dengan kesabaran itu, dia akan dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
Pentingnya sifat syukur apabila seseorang itu memperoleh kebaikan dan kemudiannya bersabar apabila ia ditimpa musibah. Itu semua persediaan bagi menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin. TETAPI amatlah sedikit sekali dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu saling bergandingan, dan ia adalah sebaik-baik nikmat.
Seseorang yang memiliki kedua-dua perkara/sifat sabar dan syukur ini bererti ia memiliki sifat iman yang penuh seperti sabda baginda Rasulullah SAW di dalam satu hadis:
وقال عبدالله بن مسعود رضى الله عنه: الايمان نصفان نصف صبر ونصف شكر
Bermaksud : “Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur.” [HR Baihaqi: 9264].
Namun, tidak ramai manusia yang mampu berserentak bersabar dan bersyukur.
DOSA MANUSIA MEMBAWA BENCANA DAN COVID-19
Satu perkara yang harus kita ingat bahawa sejak dari dahulu, dosa yang manusia lakukan akan menjemput bala bencana daripada Allah SWT. Al-Quran menerangkan:

Dari surah Ar-Rum 30: 41, Al-Quran menjelaskan:

Tetapi yang menjadi satu isu yang besar ialah bala yang ditimpakan Allah itu tidak hanya terkena kepada mereka yang berbuat dosa sahaja, malahan terkena juga kepada seluruh umat manusia sama ada yang berdosa atau tidak. Surah Al-Anfal 8: 25 menerangkan:

Ini bermakna, jika kita tidak melaksanakan tugas ubudiah atau perhambaan yang asasi iaitu mencegah kemungkaran dan menganjurkan makruf, atau dengan kata lain tugas dakwah dan tarbiyah, maka tunggulah – bala pasti tiba seperti yang dijanjikan oleh Allah melalui ayat-ayat di atas.
Sebagai contoh, pernahkah kita terfikir apa yang sedang berlaku di dunia hari ini – apakah tidak mustahil ia turunan bala dan bencana daripada Allah SWT? Amalan dosa dan keruntuhan akhlak kini sudah tidak menjadi asing lagi malahan makin menjadi-jadi. Lihat satu sedutan:
- Adultery is allowed in South Africa, man or woman no longer has the right to repudiate the others because of adultery.
- The United States confirmed that for all countries in the world to build good relations with the great power, these countries must practice homosexual marriage (woman + woman = 1 or man + man = 1).
- Germany had just signed the law which declares that there is no more incest, that is to say: Brothers and Sisters can get married, Mum with her son and Dad with his daughter.
- The City of Miami is now proclaiming a City of public sex which means that on the road, church, market, football field etc. if you need sex you can have it without having any problem.
- Canada allows bestiality (sex with Animals). In Spain: pornographic films are allowed in high schools and universities.
- The authorization of the prostitution of minors, Marg Luker declares that any young girl at the age of 10 feels sexual pleasure and no one should defend that person from discovering how her body works.
- Finally, the US has opened the church of satanic publicly.
Dear brothers and sisters, the end is near, the departure in the Glory approach. Muslims are being distracted, and the devil wants to take maximum number of souls with it in order to stop them from divine mercy.”
Tidak syak lagi, inilah barangkali antara faktor fizikal yang telah menjemput bala bencana daripada Allah SWT yang bernama COVID-19. Namun bagi yang beriman dengan Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain, dia tetap ada jalan keluar.
SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERDOSA IALAH YANG BERTAUBAT
Jalan keluar dan penyelesaian yang dimaksudkan antara lain ialah taubat dan istighfar. Al-Quran antara lain menjelaskan di dalam surah At-Taharim 66: 8.

Di samping itu, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Maksudnya: “Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Ibn Majah: 4392)
Selain bertaubat, kita juga digesa untuk sentiasa beristighfar. Lihatlah betapa besarnya kesan istighfar dalam satu kisah dibawah.
“Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi’i) dikenali juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita;
Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tahu kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji pun dengan orang dan tidak ada keperluan. Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Basrah. Beliau bercerita;
Begitu tiba di sana waktu isyak, saya ikut solat berjemaah isyak di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat.
Begitu selesai solat dan jemaah pun bubar, Imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya; “kenapa kamu di sini, syaikh? (Kata “syaikh” boleh digunakan untuk 3 panggilan: i. untuk orang tua, ii. orang kaya, ataupun iii. orang yang berilmu. Panggilan Syaikh dikisah ini adalah panggilan sebagai orang tua, kerana penjaga itu memanggilnya hanya sebagai orang tua).”
Penjaga masjd itu tidak tahu yang lelaki itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya.
Di Iraq, semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadis, sejuta hadis dihafalnya, sangat soleh dan zuhud. Zaman itu tidak ada kamera/gambar sehingga orang tidak tahu wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.
Imam Ahmad menjawab, “Saya ingin istirehat, saya musafir.”
Kata penjaga tu, “Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid.”
Imam Ahmad bercerita,
“Saya diusir oleh orang itu disuruh keluar dari masjid. Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di birai masjid.”
Ketika sudah berbaring di birai masjid penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. “Kamu nak apa lagi syaikh?”, kata penjaga itu.
“Saya nak tidur, saya musafir,” kata imam Ahmad.
Lalu penjaga masjid berkata: “Di dalam masjid tidak boleh, di birai masjid juga tidak boleh.” Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita, “saya diusir sampai ke jalanan.”
Di samping masjid tersebut ada seorang penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian Imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi.
Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh: “Mari syaikh, anda boleh menginap di tempat saya, saya punya tempat, meskipun kecil.”
Kata Imam Ahmad, “Baik”. Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yang sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya menyatakan sebagai musafir).
Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakan tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil (terus-menerus) melafazkan ISTIGHFAR. “Astaghfirullah”.
Saat meletakkan garam, astaghfirullah, memecah telur – astaghfirullah, mencampur gandum -astaghfirullah. Dia sentiasa mengucapkan istighfar. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatikannya.
Lalu Imam Ahmad bertanya, “sudah berapa lama kamu lakukan ini (istighfar)?”
Orang itu menjawab: “Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan.”
Imam Ahmad bertanya; “Apa hasil dari perbuatanmu ini?”
Orang itu menjawab: “(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat/keinginan yang saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. Semua yang saya minta ya Allah…., pasti saya akan dapat”.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda; “Siapa yang menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya.”
Lalu orang itu melanjutkan: “Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yang belum Allah beri.”
Imam Ahmad sangat teruja ingin tahu lantas bertanya; “Apa itu?”
Kata orang itu: “Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad.”
Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir: “Allahu Akbar..! *Allah telah mendatangkan saya jauh dari Baghdad sampai ke Basrah ini dan bahkan – sampai diusir oleh penjaga masjid – Sampai ke jalanan ternyata kerana ISTIGHFARMU.
Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yang di depannya adalah Imam Ahmad”. (Sumber: Kitab Manakib Imam Ahmad)
Semoga daripada kisah ini, kita akan terus menjadi pengamal istighfar yang tegar di setiap masa dan waktu. Agar dengannya COVID-19 akan dapat diatasi. Insya Allah. Yakinlah!
JANGAN PUTUS ASA DARIPADA PENGAMPUNAN ALLAH
Az-Zummar 39: 53 menjelaskan:

KENAPA ISTIGHFAR?
Walaupun COVID-19 adalah masalah kesihatan tetapi strategi penyelesaiannya yang diambil oleh dunia termasuk Malaysia agak pelbagai. Di Malaysia, di samping strategi utama yang dilaksanakan oleh KKM iaitu mengubati pesakit COVID-19, strategi lain yang dilaksanakan termasuklah:
- Penjarakan Sosial (Social distancing) – Melibatkan semua rakyat
- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) – Melibatkan Polis, Tentera dan RELA
- Pakej Rangsangan Ekonomi – Melibatkan Bajet Kerajaan sebanyak RM250 bil.
- Strategi Kerohanian – Solat Hajat – Melibatkan semua umat Islam
Pendekatan yang dicadangkan ini tidak sekali-kali mengenepikan strategi sosial, keselamatan, ekonomi dan kerohanian yang telah dilaksanakan. Bahkan strategi kerohanian bersifat istighfar ini ialah sebagai satu strategi yang bersifat saling lengkap-melengkapi dengan strategi-strategi yang sedia ada.
ORANG YANG BERTAQWA BILA TERSILAP ATAU MELAMPAUI BATAS, MEREKA BERISTIGHFAR
Surah Ali-Imran 3:135 menjelaskan bahawa antara sifat orang yang beriman dan bertakwa ialah apabila mereka terasa mereka telah melampaui batas, mereka akan beristighfar.

Kenapa istighfar? Kerana istighfar akan memberi banyak kelebihan kepada pengamalnya. Antaranya ialah:
ISTIGHFAR MENGHINDARKAN AZAB ALLAH

DENGAN ISTIGHFAR ALLAH AKAN MENGANUGERAHKAN KEKUATAN

ISTIGHFAR MELIMPAHKAN REZEKI DARIPADA ALLAH



CONTOH LAFAZ ISTIGHFAR
Sebagai panduan untuk kita semua amalkan, bersama ini dilampirkan beberapa contoh istighfar yang boleh kita amalkan.
ISTIGHFAR/DOA KEAMPUNAN RASULULLAH SAW
1. Pernah pada suatu hari para sahabat Nabi SAW mendapati Baginda SAW beristighfar lebih daripada 70 kali dalam satu majlis. Baginda SAW bersabda,
رَبِّ اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ
“Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku dan terimalah taubatku.”
2. Imam al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ibnu Umar ra. bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW mengucapkan sesuatu sebelum tidur sebanyak 100 kali. Baginda SAW menyebut,
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
“Aku mohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung. Tiada Tuhan melainkan Dia yang sentiasa hidup dan sentiasa jaga; dan aku bertaubat kepada-Nya.”
3. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Ibnu Umar ra. berkata, “Pernah kami menghitung sesuatu yang diungkapkan Rasulullah SAW dalam satu majlis sebanyak seratus kali. Ungkapan tersebut ialah:
رَبِّ اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
“Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
4. Rasulullah SAW berdoa sebelum membaca al-Fatihah dalam solat,
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِمَآءِ الثَّلْجِ وَالبَرَدِ، وَنَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
“Ya Allah, ya Tuhanku, jauhkan antaraku dan dosa-dosaku sebagaimana telah Engkau jauhkan jarak di antara Timur dan Barat. Ya Allah, ya Tuhanku basuhkan dosa-dosaku dengan air salji dan hujan manik; dan bersihkan daku daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada kekotoran.”
5. Rasulullah SAW beristighfar dalam solat dengan lafaz,
اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي خَطِيْئَتِي وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْري، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي جِدِّي وَهَزْلِي، وَخَطَئِي وَعَمْدي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُأَخِّرُ، وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku dan perbuatanku yang melampau dalam urusanku. Ya Allah, ampunilah aku (atas segala kesalahan yang terjadi dalam keadaan) serius dan juga bergurau, kesalahan yang tak disengajakan dan yang disengajakan dan seluruh dosa kesalahan yang ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas segala dosa yang telah lalu, yang akan datang, yang dilakukan secara tersembunyi, yang dilakukan secara terang-terangan, atau segala dosa yang lebih Engkau ketahui daripada aku. Engkau ialah Zat Yang Maha Terdahulu dan Maha Terakhir dan Engkau pula Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
6. Nabi SAW telah mengajar Abu Bakar al-Siddiq RA supaya berkata sebelum salam dalam solat,
اَللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْلِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
“Wahai Tuhanku, aku telah melakukan banyak kezaliman terhadap diriku sendiri. Tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Oleh itu, kurniakanlah kepadaku keampunan dari sisi-Mu dan kurniakanlah rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”
7. Antara doa Rasulullah SAW,
اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ فِي رِزْقِي
“Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dosaku, luaskanlah kediamanku dan berkatilah rezekiku.” (Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi)
8. ‘Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW tentang doa yang patut dibaca pada malam lailatulqadar, lalu Baginda SAW menjawab, Katakanlah,
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai untuk memberi keampunan, oleh itu ampunkanlah aku.”
9. Rasulullah SAW bersabda kepada Ummu Salamah, “Tatkala azan maghrib (selepas menjawab azan) sebutlah,
اللَّهُمَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ، وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ، وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ، أَسْأَلُكَ أَنْ تَغْفِرَلِي
“Ya Allah, menjelang kini malam ciptaan-Mu dan beredarlah pula siang-Mu. Ya Allah, ya Tuhanku, inilah keluhan suara dan permintaan daripada para pendakwah agama-Mu, oleh itu ampunkanlah dosa-dosaku.”
10. Sabda Rasulullah SAW, “Penghulu istighfar itu ialah kamu mengatakan,
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
“Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hamba-Mu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku dengan-Mu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku kepada-Mu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.”
11. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah SAW hampir wafat, ‘Aisyah r.ha. mendengar Baginda SAW mengungkapkan,
اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى
“Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah daku, rahmatilah daku, dan masukkanlah daku dalam kalangan teman yang agung.”
PENUTUP
Kemenangan tidak akan diperolehi kecuali dengan pertolongan dan keizinan Allah SWT. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk melaksanakan apa jua perkara yang boleh menjemput pertolongan dan pengampunan Allah sebagai satu ibadat.



Marilah kita menutup pertemuan ini dengan doa yang diajar oleh Allah SWT daripada surah Ali-Imran 3:193. Semoga Allah SWT akan menyelamatkan kita daripada musibah COVID-19 ini. Amin.

(A-li’Imraan 3:193)
وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN, March 2020