fbpx

Mendepani Wabak COVID-19 Melalui Istighfar

Mendepani Wabak COVID-19 Melalui Istighfar

Mendepani Wabak COVID-19 Melalui Istighfar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم.

Saya ingin memulakan pertemuan kita ini dengan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga HALUAN di seluruh negara, dari Perlis sampai ke Sabah yang telah terjun ke medan untuk melaksanakan tugas yang suci murni mendepani wabak COVID-19 di mana saja mereka berada. Setakat ini, nampaknya tumpuan diberikan kepada barisan hadapan perkhidmatan kesihatan (Pejabat Kesihatan & Hospital), Polis, Bomba & Penyelamat, dan golongan B40 yang memerlukan bantuan dan lain-lain. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan kefahaman, bekal dan kesediaan yang ada, kita telah dapat melaksanakan slogan “Berakhlak, Mendidik dan Berbakti” secara amali.

SENARIO WABAK COVID-19

Di peringkat antarabangsa, Senario Wabak COVID-19 agak berubah. Di peringkat awal ia tertumpu di Asia, China dan Korea Selatan serta Asia Tengah, Iran, dan di Eropah pula hanya Itali yang agak teruk. Tetapi keadaan kini telah menjadi bertambah buruk terutamanya di USA dan Eropah. Jumlah kes sudah melebihi 1 juta dan kematian melebihi 54,000. Di Malaysia, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada progres ke arah kebaikan dan graf agak semakin mendatar walaupun saban hari ada sahaja kes baru ditemui. Program mitigasi, pencarian aktif dan ujian kontak dipergiatkan. Respon kepada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bertambah baik, walaupun ada beberapa kawasan dinaikkan kepada taraf PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengumumkan kemungkinan larangan terhadap perhimpunan ramai dilanjutkan.

Wabak COVID-19 bukan saja melibatkan isu kesihatan tetapi telah bergerak kepada banyak aspek kehidupan manusia terutama ekonomi. Di USA umpamanya jumlah pengangguran telah meningkat kepada lebih enam juta orang. Ratusan juta orang hilang pekerjaan di India. Harga satu topeng penutup muka (mask) di Malaysia telah meningkat dari RM0.80 menjadi lebih RM2.00 bahkan ada yang berharga lebih RM10.00.

WABAK COVID-19 SEBAGAI UJIAN

Allah telah berfirman dalam Al-Quran di banyak tempat, antaranya surah Al-Ankabut 29: 1-3:

1. “Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Ternyata bahawa ujian dalam apa juga bentuk ialah untuk menguji keimanan manusia. Jadi COVID-19 adalah satu bentuk ujian daripada ALLAH SWT demi melihat siapa di antara hamba-hambaNYA yang beriman dan tidak.

Lazimnya, ujian bukan sahaja datang dalam bentuk kesusahan dan penderitaan tetapi juga dalam bentuk kesenangan. Al-Quran menjelaskan:

35. “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”. (Al-Anbiya 21: 35)

Orang-Orang Mukmin Sungguh Menakjubkan

Bahkan Rasulullah SAW bersabda bahawa Orang-Orang Mukmin Sungguh Menakjubkan:

عَنْ صُهَيْبٍ قَال :َقالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

Bermaksud: Daripada Shuhaib ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999)

Setiap Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur, dan apabila ditimpa kesusahan dia bersabar. Dengan kesabaran itu, dia akan dapat menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.

Pentingnya sifat syukur apabila seseorang itu memperoleh kebaikan dan kemudiannya bersabar apabila ia ditimpa musibah. Itu semua persediaan bagi menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin. TETAPI amatlah sedikit sekali dalam kalangan hamba yang diberikan  dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu saling bergandingan, dan ia adalah sebaik-baik nikmat.

Seseorang yang memiliki kedua-dua perkara/sifat sabar dan syukur ini bererti  ia memiliki sifat iman yang penuh seperti sabda baginda Rasulullah SAW di dalam satu hadis:

وقال عبدالله بن مسعود رضى الله عنه: الايمان نصفان نصف صبر ونصف شكر

Bermaksud : “Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur.”  [HR Baihaqi: 9264].

Namun, tidak ramai manusia yang mampu berserentak bersabar dan bersyukur.

DOSA MANUSIA MEMBAWA BENCANA DAN COVID-19

Satu perkara yang harus kita ingat bahawa sejak dari dahulu, dosa yang manusia lakukan akan menjemput bala bencana daripada Allah SWT. Al-Quran menerangkan:

30. “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu”. (Ash-Shura 42: 30)

Dari surah Ar-Rum 30: 41, Al-Quran menjelaskan:

41. “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Rum 30: 41)

Tetapi yang menjadi satu isu yang besar ialah bala yang ditimpakan Allah itu tidak hanya terkena kepada mereka yang berbuat dosa sahaja, malahan terkena juga kepada seluruh umat manusia sama ada yang berdosa atau tidak. Surah Al-Anfal 8: 25 menerangkan:

25. “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksaNya.” (Al-Anfal 8:25)

Ini bermakna, jika kita tidak melaksanakan tugas ubudiah atau perhambaan yang asasi iaitu mencegah kemungkaran dan menganjurkan makruf, atau dengan kata lain tugas dakwah dan tarbiyah, maka tunggulah – bala pasti tiba seperti yang dijanjikan oleh Allah melalui ayat-ayat di atas.

Sebagai contoh, pernahkah kita terfikir apa yang sedang berlaku di dunia hari ini – apakah tidak mustahil ia turunan bala dan bencana daripada Allah SWT? Amalan dosa dan keruntuhan akhlak kini sudah tidak menjadi asing lagi malahan makin menjadi-jadi. Lihat satu sedutan:

  1. Adultery is allowed in South Africa, man or woman no longer has the right to repudiate the others because of adultery.
  2. The United States confirmed that for all countries in the world to build good relations with the great power, these countries must practice homosexual marriage (woman + woman = 1 or man + man = 1).
  3. Germany had just signed the law which declares that there is no more incest, that is to say: Brothers and Sisters can get married, Mum with her son and Dad with his daughter.
  4. The City of Miami is now proclaiming a City of public sex which means that on the road, church, market, football field etc. if you need sex you can have it without having any problem.
  5. Canada allows bestiality (sex with Animals). In Spain: pornographic films are allowed in high schools and universities.
  6. The authorization of the prostitution of minors, Marg Luker declares that any young girl at the age of 10 feels sexual pleasure and no one should defend that person from discovering how her body works.
  7. Finally, the US has opened the church of satanic publicly.

Dear brothers and sisters, the end is near, the departure in the Glory approach. Muslims are being distracted, and the devil wants to take maximum number of souls with it in order to stop them from divine mercy.”

Tidak syak lagi, inilah barangkali antara faktor fizikal yang telah menjemput bala bencana daripada Allah SWT yang bernama COVID-19. Namun bagi yang beriman dengan Allah SWT dan rukun-rukun iman yang lain, dia tetap ada jalan keluar.

SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERDOSA IALAH YANG BERTAUBAT

Jalan keluar dan penyelesaian yang dimaksudkan antara lain ialah taubat dan istighfar. Al-Quran antara lain menjelaskan di dalam surah At-Taharim 66: 8.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (At-Taharim 66: 8)

Di samping itu, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: “Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Ibn Majah: 4392)

Selain bertaubat, kita juga digesa untuk sentiasa beristighfar. Lihatlah betapa besarnya kesan istighfar dalam satu kisah dibawah.

“Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi’i) dikenali juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita;

Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tahu kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji pun dengan orang dan tidak ada keperluan. Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Basrah. Beliau bercerita;

Begitu tiba di sana waktu isyak, saya ikut solat berjemaah isyak di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat.

Begitu selesai solat dan jemaah pun bubar, Imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya; “kenapa kamu di sini, syaikh? (Kata “syaikh” boleh digunakan untuk 3 panggilan: i. untuk orang tua, ii. orang kaya, ataupun iii. orang yang berilmu.  Panggilan Syaikh dikisah ini adalah panggilan sebagai orang tua, kerana penjaga itu memanggilnya hanya sebagai orang tua).”

Penjaga masjd itu tidak tahu yang lelaki itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya. 

Di Iraq, semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadis, sejuta hadis dihafalnya, sangat soleh dan  zuhud. Zaman itu tidak ada kamera/gambar sehingga orang tidak tahu wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.

Imam Ahmad menjawab,  “Saya ingin istirehat, saya musafir.”

Kata penjaga tu, “Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid.”

Imam Ahmad bercerita,

“Saya diusir oleh orang itu disuruh keluar dari masjid. Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di birai masjid.”

Ketika sudah berbaring di birai masjid penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. “Kamu nak apa lagi syaikh?”,  kata penjaga itu. 

“Saya nak tidur, saya musafir,” kata imam Ahmad.

Lalu penjaga masjid berkata: “Di dalam masjid tidak boleh, di birai masjid juga tidak boleh.” Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita,  “saya diusir sampai ke jalanan.”

Di samping masjid tersebut ada seorang penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat dan menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian Imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi. 

Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh:  “Mari syaikh, anda boleh menginap di tempat saya, saya punya tempat, meskipun kecil.”

Kata Imam Ahmad, “Baik”. Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yang sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya menyatakan sebagai musafir).

Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakan tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil (terus-menerus) melafazkan ISTIGHFAR. “Astaghfirullah”.

Saat meletakkan garam, astaghfirullah, memecah telur – astaghfirullah,  mencampur gandum -astaghfirullah. Dia sentiasa mengucapkan istighfar. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatikannya.

Lalu Imam Ahmad bertanya, “sudah berapa lama kamu lakukan ini (istighfar)?”

Orang itu menjawab: “Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan.”

Imam Ahmad bertanya; “Apa hasil dari perbuatanmu ini?”

Orang itu menjawab: “(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat/keinginan yang saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. Semua yang saya minta ya Allah…., pasti saya akan dapat”.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم  pernah bersabda; “Siapa yang menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangkanya.”

Lalu orang itu melanjutkan: “Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yang belum Allah beri.”

Imam Ahmad sangat teruja ingin tahu lantas bertanya; “Apa itu?”

Kata orang itu: “Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad.”

Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir: “Allahu Akbar..!  *Allah telah mendatangkan saya jauh dari Baghdad sampai ke Basrah ini dan bahkan – sampai diusir oleh penjaga masjid – Sampai ke jalanan ternyata kerana ISTIGHFARMU.

Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yang di depannya adalah Imam Ahmad”. (Sumber: Kitab Manakib Imam Ahmad)

Semoga daripada kisah ini, kita akan terus menjadi pengamal istighfar yang tegar di setiap masa dan waktu. Agar dengannya COVID-19 akan dapat diatasi. Insya Allah. Yakinlah!

JANGAN PUTUS ASA DARIPADA PENGAMPUNAN ALLAH

Az-Zummar  39: 53 menjelaskan:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Az-Zummar 39: 53)

KENAPA ISTIGHFAR?

Walaupun COVID-19 adalah masalah kesihatan tetapi strategi penyelesaiannya yang diambil oleh dunia termasuk Malaysia agak pelbagai. Di Malaysia, di samping strategi utama yang dilaksanakan oleh KKM iaitu mengubati pesakit COVID-19, strategi lain yang dilaksanakan termasuklah:

  • Penjarakan Sosial (Social distancing) – Melibatkan semua rakyat
  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) – Melibatkan Polis, Tentera dan RELA
  • Pakej Rangsangan Ekonomi – Melibatkan Bajet Kerajaan sebanyak RM250 bil.
  • Strategi Kerohanian – Solat Hajat – Melibatkan semua umat Islam

Pendekatan yang dicadangkan ini tidak sekali-kali mengenepikan strategi sosial, keselamatan, ekonomi dan kerohanian yang telah dilaksanakan. Bahkan strategi kerohanian bersifat istighfar ini ialah sebagai satu strategi yang bersifat saling lengkap-melengkapi dengan strategi-strategi yang sedia ada.

ORANG YANG BERTAQWA BILA TERSILAP ATAU MELAMPAUI BATAS, MEREKA BERISTIGHFAR

Surah Ali-Imran 3:135 menjelaskan bahawa antara sifat orang yang beriman dan bertakwa ialah apabila mereka terasa mereka telah melampaui batas, mereka akan beristighfar.

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali-Imran 3:135)

Kenapa istighfar? Kerana istighfar akan memberi banyak kelebihan kepada pengamalnya. Antaranya ialah:

ISTIGHFAR MENGHINDARKAN AZAB ALLAH

33. “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)”. (Al-Anfal 8: 33)

DENGAN ISTIGHFAR ALLAH AKAN MENGANUGERAHKAN KEKUATAN

“dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!” (Hud 11: 52)

ISTIGHFAR MELIMPAHKAN REZEKI DARIPADA ALLAH

10. “Sehingga Aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya adalah ia Maha Pengampun.”
11. “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
12. “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

CONTOH LAFAZ ISTIGHFAR

Sebagai panduan untuk kita semua amalkan, bersama ini dilampirkan beberapa contoh istighfar yang boleh kita amalkan.

ISTIGHFAR/DOA KEAMPUNAN RASULULLAH SAW

1. Pernah pada suatu hari para sahabat Nabi SAW mendapati Baginda SAW beristighfar lebih daripada 70 kali dalam satu majlis. Baginda SAW bersabda,

رَبِّ اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ

“Wahai Tuhanku, ampunkanlah daku dan terimalah taubatku.”

2. Imam al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ibnu Umar ra. bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW mengucapkan sesuatu sebelum tidur sebanyak 100 kali. Baginda SAW menyebut,

أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Aku mohon keampunan daripada Allah Yang Maha Agung. Tiada Tuhan melainkan Dia yang sentiasa hidup dan sentiasa jaga; dan aku bertaubat kepada-Nya.”

3. Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa Ibnu Umar ra. berkata, “Pernah kami menghitung sesuatu yang diungkapkan Rasulullah SAW dalam satu majlis sebanyak seratus kali. Ungkapan tersebut ialah:

رَبِّ اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

“Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”

4. Rasulullah SAW berdoa sebelum membaca al-Fatihah dalam solat,

اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَايَ بِمَآءِ الثَّلْجِ وَالبَرَدِ، وَنَقِّنِي مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ

“Ya Allah, ya Tuhanku, jauhkan antaraku dan dosa-dosaku sebagaimana telah Engkau jauhkan jarak di antara Timur dan Barat. Ya Allah, ya Tuhanku basuhkan dosa-dosaku dengan air salji dan hujan manik; dan bersihkan daku daripada segala kesalahan sebagaimana dibersihkan baju yang putih daripada kekotoran.”

5. Rasulullah SAW beristighfar dalam solat dengan lafaz,

اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي خَطِيْئَتِي وَجَهْلِي، وَإِسْرَافِي فِي أَمْري، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي جِدِّي وَهَزْلِي، وَخَطَئِي وَعَمْدي، وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي، اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ المُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُأَخِّرُ، وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku dan perbuatanku yang melampau dalam urusanku. Ya Allah, ampunilah aku (atas segala kesalahan yang terjadi dalam keadaan) serius dan juga bergurau, kesalahan yang tak disengajakan dan yang disengajakan dan seluruh dosa kesalahan yang ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas segala dosa yang telah lalu, yang akan datang, yang dilakukan secara tersembunyi, yang dilakukan secara terang-terangan, atau segala dosa yang lebih Engkau ketahui daripada aku. Engkau ialah Zat Yang Maha Terdahulu dan Maha Terakhir dan Engkau pula Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

6. Nabi SAW telah mengajar Abu Bakar al-Siddiq RA supaya berkata sebelum salam dalam solat,

اَللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيْرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْلِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

“Wahai Tuhanku, aku telah melakukan banyak kezaliman terhadap diriku sendiri. Tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Oleh itu, kurniakanlah kepadaku keampunan dari sisi-Mu dan kurniakanlah rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”

7. Antara doa Rasulullah SAW,

اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي ذَنْبِي، وَوَسِّعْ لِي فِي دَارِي، وَبَارِكْ فِي رِزْقِي

“Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dosaku, luaskanlah kediamanku dan berkatilah rezekiku.” (Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi)

8. ‘Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW tentang doa yang patut dibaca pada malam lailatulqadar, lalu Baginda SAW menjawab, Katakanlah,

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Engkau menyukai untuk memberi keampunan, oleh itu ampunkanlah aku.”

9. Rasulullah SAW bersabda kepada Ummu Salamah, “Tatkala azan maghrib (selepas menjawab azan) sebutlah,

اللَّهُمَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ، وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ، وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ، أَسْأَلُكَ أَنْ تَغْفِرَلِي

“Ya Allah, menjelang kini malam ciptaan-Mu dan beredarlah pula siang-Mu. Ya Allah, ya Tuhanku, inilah keluhan suara dan permintaan daripada para pendakwah agama-Mu, oleh itu ampunkanlah dosa-dosaku.”

10. Sabda Rasulullah SAW, “Penghulu istighfar itu ialah kamu mengatakan,

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

“Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hamba-Mu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku dengan-Mu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku kepada-Mu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.”

11. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah SAW hampir wafat, ‘Aisyah r.ha. mendengar Baginda SAW mengungkapkan,

اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَأَلْحِقْنِي بِالرَّفِيقِ الأَعْلَى

“Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah daku, rahmatilah daku, dan masukkanlah daku dalam kalangan teman yang agung.”

PENUTUP

Kemenangan tidak akan diperolehi kecuali dengan pertolongan dan keizinan Allah SWT. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk melaksanakan apa jua perkara yang boleh menjemput pertolongan dan pengampunan Allah sebagai satu ibadat.

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), (An-Nasr 110:1)
Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, (An-Nasr 110:2)
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (An-Nasr 110:3)

Marilah kita menutup pertemuan ini dengan doa yang diajar oleh Allah SWT daripada surah Ali-Imran 3:193. Semoga Allah SWT akan menyelamatkan kita daripada musibah COVID-19 ini. Amin.

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
(A-li’Imraan 3:193)

وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN, March 2020

https://www.facebook.com/47395162752/videos/512227232796290/