fbpx

Isolasi di Rumah: Apa Anda Boleh Buat?

Isolasi di Rumah: Apa Anda Boleh Buat?

Isolasi di Rumah: Apa Anda Boleh Buat?

Kita kini telah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Fasa ke-2. Jom semak TUJUH cadangan yang boleh anda lakukan di kala tempoh ini yang masih belum anda laksanakan.

  1. Basuh semua sejadah, telekung, dan tikar lapik solat
    Ini bagi memastikan kebersihan terjamin dari kotoran dan juga dapat memberi keselesaan semasa solat.
  2. Salin sarung bantai, cadar, dan selimut
    Kebersihan cadar adalah yang paling penting kerana cadar yang kotor mendorong kepada sesetengah isu kesihatan dalam jangka masa panjang, seperti masalah kulit, jerawat dan reaksi alahan terhadap habuk dan hama. Ingatlah, tiada yang lebih mewah berbanding berbaring di atas cadar yang kering dan bersih.
  3. Bersihkan bilik tidur dari sawang, habuk, tingkap, lantai dan tandas
    Musim kuarantin ini adalah masa terbaik untuk anda membersihkan bilik anda sebersih yang boleh !
  4. Bersihkan bilah kipas angin siling & dinding, serta penapis air-cond
    Kebersihan kipas juga perlu diberi perhatian nagi mengelakkan debu-debu berkumpul di kipas dan penapis air-cond yang tidak dibersihkan menyebabkan aliran udara sejuk yang kotor disebarkan ke seluruh rumah. Akibatnya, mudahlah habuk terbentuk pada perabot dan perkakas rumah anda.
  5. Bancuh larutan anti-kuman – lap semua pemegang pintu, tingkap & pili
    Aktiviti disinfect adalah rutin wajib semasa anda berkuarintin di rumah ! Cegah adalah lebih baik dari mengubati.
  6. Buka jendela tingkap & pintu untuk cahaya matahari dan edaran udara
    Selain untuk pertukaran udara dari luar ke dalam, ia juga untuk membunuh kuman-kuman kerana kuman hidup di kawasan yang lembab dan kurangnnya pendedahan kepada cahaya matahari.
  7. Pakai mask jika anda kurang sihat; jarakkan diri
    Sentiasa amalkan penjarakan sosial dan pakai mask jika tidak sihat.

__
Help for Healthworkers (H4H)
https://HelpforHealthworkers.wasap.my