fbpx

TFHAL1SABAH Bekal Makan Tengahari Percuma Untuk Petugas COVID-19

TFHAL1SABAH Bekal Makan Tengahari Percuma Untuk Petugas COVID-19

TFHAL1SABAH Bekal Makan Tengahari Percuma Untuk Petugas COVID-19

KUNAK, SABAH, 6 April 2020 – Projek Tabung Frontliner COVID-19 HALUAN Sabah (TFHAL1SABAH) telah dilancarkan oleh HALUAN cawangan Sabah sebagai suatu inisiatif komuniti untuk menyediakan makanan tengahari percuma kepada “frontliner” COVID-19 di Hospital Daerah Kunak.

Penyediaan makanan percuma secara berbungkus ini mensasarkan 30 bungkusan setiap hari selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia dari 24 Mac sehingga 14 April ini. Dana untuk menjalankan program ini merupakan sumbangan ikhlas oleh masyarakat awam setelah hebahan secara online dilakukan oleh HALUAN Sabah.

HALUAN adalah sebuah NGO berdaftar, ahli dan rakan strategik kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang sentiasa bersedia bersama-sama pertubuhan dan agensi lain dalam mendepani dan menguruskan bantuan ketika negara dilanda bencana. Kerjasama ini juga melangkau kepada pengurusan dan santunan mangsa bencana di luar negara.

Pelaksanaan program TFHAL1SABAH ini merupakan bukti sokongan dan solidariti HALUAN kepada usaha dan pengorbanan barisan hadapan warga Kementerian Kesihatan Malaysia khasnya dalam mendepani krisis wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.


Laporan mediaHALUAN Sabah