fbpx

Unisel Jemput HALUAN Program Amal

Unisel Jemput HALUAN Program Amal

Unisel Jemput HALUAN Program Amal

BESTARI JAYA, SELANGOR 26 Nov 2015 — Universiti Industri Selangor (UNISEL) memupuk minat pelajar untuk berniaga sambil membuat amal kebajikan.

Ia telah mengadakan Hari Pameran dan Jualan untuk pelajar UNISEL pada 26 November lepas di perkarangan Masjid UNISEL di kampusnya di sini. Ia dianjurkan oleh persatuan rakan masjid dengan kerjasama setiap persatuan dalam UNISEL.

Kemeriahan pada hari tersebut terserlah dengan kehadiran ramai pelajar dan pensyarah untuk menyertai setiap aktiviti yang diadakan seperti pertandingan memasak, mengukir buah-buahan, gerai tercantik dan sebagainya. Bahkan, gerai jualan juga turut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung untuk membeli sambil menderma dan menikmati keseronokan setiap pembelian dengan harga yang berpatutan seperti pakaian, makanan dan minuman dan pelbagai lagi.

Selain itu Forum Perdana dan Konsert Santai turut diadakan. Artis jemputan ialah Fakhrul UNIC, Fitri Haris dan Heliza Helmi. Pameran yang diadakan adalah dari persatuan silat cekak, persatuan zakat Selangor dan tidak terkecuali Biro HALUAN Palestin.

Biro HALUAN Palestin merupakan satu organisasi yang ditubuhkan untuk membantu warga yang memerlukan terutama sekali Palestin dan Syria. Namun, HALUAN Palestin juga membantu setiap warga yang memerlukan dana bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Pada hari tersebut, Biro HALUAN Palestin telah membuka booth barangan jualan seperti muffler, t-shirt, tudung dan banyak lagi dengan menggunakan konsep membeli sambil menderma. Oleh yang demikian, tabung Palestin turut diletakkan untuk tujuan amal. Setiap pengunjung juga turut mendapat maklumat terkini berkenaan aktiviti yang HALUAN lakukan untuk membantu warga Palestin dan apa yang terjadi kepada negara Palestin ketika peperangan serta hukuman yang diterima oleh kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa.

Sebenarnya, Hari Pameran dan Jualan ini diadakan untuk mengumpulkan dana Masjid UNISEL bagi meningkatkan kemudahan dan aktiviti yang bermanfaat untuk pelajar UNISEL. Pelajar diberikan peluang untuk membuka gerai sendiri dalam bentuk berkumpulan dan setiap jualan itu akan dimasukkan ke dalam tabung masjid. Malahan, markah dan kehadiran mereka akan dikira dalam subjek akademik.


Laporan Nazatul Azuati Mohd Ramli, Sukarelawan HALUAN