
Umat Islam Harus Kembali
Umat Islam mesti kembali kepada sumber Islam yang suci lagi bersih iaitu kitab Allah SWT dan Sunnah RasulNya (Dr Yusuf Qaradawi – al Hill al Islami Faridhah Wa Dharurah).
Mujahid Fathi Yakan juga telah menjelaskan dalam kitabnya, Musykilah ad-Da’wah Wa ad-Da’iyah, bahawa kita perlu menimba kefahaman dari al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW serta sirah an-Nabawiyyah.
Juga amat perlu kita merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar semoga kita jelas mengenai konsep yang sebenar mengenai Deen al-Islam. Ini meliputi hukum-hakam, perundangan, akidah, ibadah dan haluan hidup individu, masyarakat dan negara.
Tumpuan yang berat mestilah diberi kepada al-Quran al-Karim yang merupakan cahaya hati dan sistem hidup kita. Penerimaan ayat-ayat al-Quran hendaklah disifatkan seperti kita sedang menerima wahyu (perintah Allah SWT).
Dengan itu, barulah kita merasai bahawa al-Quran itu menghalakan perintahnya kepada kita dalam semua hal. Barulah Al-Quran akan berkesan kepada jiwa dan menghasilkan natijah.
__
Help for Healthworkers (H4H)
https://HelpforHealthworkers.wasap.my