fbpx

Pek Makanan Tengahari & Malam Untuk “Frontliners” HKL

Pek Makanan Tengahari & Malam Untuk “Frontliners” HKL

Pek Makanan Tengahari & Malam Untuk “Frontliners” HKL

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2020 – HALUAN cawangan Kuala Lumpur turut turun padang dengan keprihatinan sosial kepada petugas kesihatan “frontliners” yang terlibat menangani wabak Covid-19.

Keprihatinan ini disalurkan melalui bantuan pek-pek makanan tengahari dan malam kepada petugas-petugas kesihatan di Bilik Gerakan Covid-19, Hospital Kuala Lumpur.

Penghantaran yang pertama telah disampaikan oleh YDP HALUAN cawangan berkenaan, Encik Mahyiddin Taat kepada Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Norazah Azha dan Ketua Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Makanan, Encik Ridzoni Sulaiman bagi pihak Hospital Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Mahyiddin menzahirkan penghargaan dan terima kasih daripada rakyat Malaysia khususnya kepada para petugas kesihatan Hospital Kuala Lumpur atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang menangani wabak Covid-19 ini.

Kempen ini yang telah dilaksanakan dari 24 Mac lalu akan berlangsung sehingga 30 Mac ini.

HALUAN Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada para dermawan yang membantu menjayakan projek ini dan mendoakan agar para petugas perubatan HKL akan sentiasa selamat dan tabah menjalankan tugasan mereka.

HALUAN akan terus menyalurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan HKL sehingga penghujung Mac 2020. Anda boleh menyumbang terus ke akaun: HALUAN Cawangan Kuala Lumpur melalui Bank Islam: 14014010151484

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Encik Mohd Hafiizh Mohd @ Ghazali di talian 013-392 9929.


Laporan unit mediaHALUAN Kuala Lumpur