fbpx

HALUAN Sumbang Kipas Dan Hand Sanitizer

HALUAN Sumbang Kipas Dan Hand Sanitizer

HALUAN Sumbang Kipas Dan Hand Sanitizer

SHAH ALAM, 25 Mac 2020 – HALUAN cawangan Selangor meneruskan kesinambungan penyaluran sumbangan di kawasan Hulu Langat berikutan penularan wabak COVID-19. 

Terdahulu, sumbangan HALUAN berkaitan COVID-19 telah dan sedang berlangsung di beberapa buah cawangan lain termasuk di negeri Perlis, Pahang, Putrajaya dan Kuala Lumpur. 

Bagi cawangan Selangor, sumbangan berupa empat buah kipas berdiri dan 20 botol hand sanitizer telah diserahkan kepada Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Langat. 

Dana pembelian barang-barang ini adalah hasil kutipan daripada sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap kerja keras petugas kesihatan yang telah bertungkus–lumus menangani krisis COVID-19 pada ketika ini. 

Petugas kesihatan dilihat sebagai di antara kluster penjawat awam kritikal yang sedang memikul tanggungjawab amat besar di dalam mengekang penularan wabak pandemik ini. Oleh itu, inisiatif HALUAN Selangor di dalam menyalurkan sumbangan kepada petugas kesihatan diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang sedang mereka tanggungi dan sekaligus melancarkan tugasan mereka di lapangan.


Laporan Amirul Anuar Azman, SU Kerja, HALUAN Selangor