HALUAN

Menelusuri Kejatuhan Khilafah Utsmaniyah: Sultan Abdul Hamid II (1842 – 1918)

“Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang.”  Ungkapan kata penuh kasih sayang itu dituturkan dengan suara lembut oleh Sultan Abdul Hamid II kepada anaknya Aishah saat mereka melintasi hadapan Masjid Hamidiye …

Pelajar Bukan Islam Tersentuh Dengan Isu Palestin

RAUB, 14 Februari 2009 — HALUAN Pahang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan isu Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud, Raub. Jemputan tersebut adalah sebahagian daripada aktiviti untuk memupuk kesedaran di kalangan pelajar mengenai isu Palestin dalam konteks kemanusiaan sejagat. Sebelum mengadakan ceramah jam 10.30 pagi, rombongan HALUAN Palestin Pahang telah mengadakan pertemuan dengan …

Majlis penyampaian sumbangan kepada wakil Kerajaan Palestin Gaza

KUALA LUMPUR, Khamis 12 Februari (HP) – Sekretariat HALUAN Palestin telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada wakil Kerajaan Palestin Gaza, Dr Sami Abu Zuhri. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Sumbangan sebanyak RM100,000 telah disampaikan kepada Dr Sami oleh Penasihat Sekretariat HALUAN Palestin yang juga merupakan Timbalan Presiden …

HALUAN sampaikan sumbangan kepada Palestin

HALUAN sampaikan sumbangan kepada Palestin

KUALA LUMPUR, Khamis 12 Februari (HP) – Sekretariat HALUAN Palestin telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada wakil Kerajaan Palestin, Dr Sami Abu Zuhri. Dr Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap kanan kerajaan Palestin, adalah dalam rangka lawatan ke Malaysia untuk menyampaikan syarahan menjelaskan perjuangan Palestin menentang kezaliman rejim Zionis Israel dan kejadian sebenar yang …

Dr Sami Abu Zuhri: Peperangan di Gaza hanyalah satu permulaan

Dr Sami Abu Zuhri: Peperangan di Gaza hanyalah satu permulaan

Serangan dahsyat tentera Zionis Israel ke atas penduduk Gaza merupakan hanya salah satu rentetan dari sejarah keganasan mereka sejak lebih 60 tahun lalu. Tidak siapa dapat melupakan penyembelihan amat dahsyat yang mereka lakukan di Sabra dan Shatila pada bulan September 1982. Ada yang melaporkan tragedi Sabra dan Shatila mengorbankan 3500 orang, walaupun peristiwa itu tidak …

Masjid Al Aqsa: Yahudi Israel Gali Terowong Semula

Zionis Israel laknatullah dikhabarkan mengaktifkan kembali penggalian terowong berhampiran Masjid Al Aqsa, Jerussalem. Bahkan, mereka sebenarnya berniat untuk merobohkan masjid yang sangat suci dan bersejarah bagi umat Islam. Niat keji itu terbukti pada penggalian terowong bawah tanah yang telah dimulai sejak Sabtu (7/2/09), yang dilakukan oleh Israel’s Antiquities Authority (IAA). Menurut sebuah sumber, penggalian tersebut …

Bukti Pelanggaran Undang-Undang Peperangan, Undang-Undang AS dan Jenayah Perang di Semenanjung Gaza

Ditulis oleh delegasi 8 peguam AS. 7 Februari 2009 [Gaza City]. Kami adalah delegasi yang terdiri daripada lapan orang peguam dari Amerika Syarikat yang menganggotai National Laywers Guild (NLG) di Amerika Syarikat, yang datang ke Gaza City untuk melakukan penilaian kesan serangan terkini [Israel] ke atas para penduduk [Gaza], dan untuk memastikan apa juga bentuk, sekiranya …

Bengkel Pengucapan Awam di Johor dan Pulau Pinang

Bengkel Pengucapan Awam di Johor dan Pulau Pinang

PULAU PINANG, 10 Februari 2009 — HALUAN Pusat dengan Kerjasama HALUAN Johor dan Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Bengkel Pengucapan Awam di negeri masing-masing. Di Johor, program telah dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Gufran pada 18 Januari. Menurut Ketua Biro Latihan HALUAN Johor, Badruzzaman Hamzah, seramai 24 orang peserta telah hadir bagi mewakili kumpulan yang …

Mesir menghalang bantuan ke Gaza

Mesir menghalang bantuan ke Gaza

Arisy: Ketika satu setengah juta warga Gaza sangat memerlukan bantuan makanan dan perubatan, negara jirannya Mesir terus menghalangi bantuan kemanusiaan dari memasuki Gaza. Bahkan, Israel dilihat lebih ‘berperi-kemanusiaan’ daripada Mesir setelah memberi ‘kebenaran’ kepada sebahagian dari pasukan bantuan untuk masuk ke Gaza sebagai usaha mereka membaiki imej terorisnya kepada dunia. Ketua Persatuan Perubatan Arab, Dr …