fbpx

Bengkel Pengucapan Awam di Johor dan Pulau Pinang

Bengkel Pengucapan Awam di Johor dan Pulau Pinang

Bengkel Pengucapan Awam di Johor dan Pulau Pinang

PULAU PINANG, 10 Februari 2009 — HALUAN Pusat dengan Kerjasama HALUAN Johor dan Pulau Pinang telah berjaya mengadakan Bengkel Pengucapan Awam di negeri masing-masing.

Di Johor, program telah dilaksanakan di Sekolah Rendah Islam Gufran pada 18 Januari. Menurut Ketua Biro Latihan HALUAN Johor, Badruzzaman Hamzah, seramai 24 orang peserta telah hadir bagi mewakili kumpulan yang pertama. Para peserta telah dibimbing oleh Tuan Haji Ibrahim Ab Rahman, Ketua Biro Motivasi dan Kaunseling yang juga merupakan seorang ahli motivasi.



Manakala Di Pulau Pinang, bengkel yang sama telah diadakan di Dewan Masjid Seberang Jaya pada 9 Februari. Menurut Syed Soleh yang merupakan Ketua Biro Latihan HALUAN Pulau Pinang, seramai 42 peserta telah hadir. Bengkel ini juga telah dibimbing oleh Tuan Haji Ibrahim Ab Rahman bersama Sdr. Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Dalam ucapan penutup oleh YDP HALUAN Pulau Pinang, Dr. Ismail Jusoh, bengkel ini sangat baik dan memberi banyak manfaat kepada anggota HALUAN Pulau Pinang dalam meningkatkan kualiti kemahiran dan kompetensi diri.

Kesemua peserta telah melalui latihan teori dan amali dalam bengkel tersebut. Secara keseluruhan peserta merasakan program ini amat bermanfaat bagi mereka dalam membina keyakinan diri untuk mendidik dan berbakti kepada HALUAN.