fbpx

Sukses Ramadan Bersama Hufaz Palestin-Syria

Sukses Ramadan Bersama Hufaz Palestin-Syria

Sukses Ramadan Bersama Hufaz Palestin-Syria

BANDAR BARU BANGI, 15 Jun 2018 – HALUAN yang merupakan NGO pengasas yang membawa masuk para imam hufaz dari luar negara sempena Ramadan telah sekali lagi berjaya gempitakan masjid dan surau seluruh negara tahun ini dengan alunan bacaan Quran solat tarawih oleh para hufaz dari Palestin dan Syria.

Program jelajah seluruh negara ini akhirnya melabuh tirai bagi tahun 2018M/1439H dengan majlis penutup yang diadakan semalam di Ibu Pejabat HALUAN. Turut hadir adalah Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dan Ketua Pegawai Operasi HALUAN, Encik Wan Abdullah Sabary Wan Harun.

Seramai 10 orang imam dari Palestin dan Syria telah menjelajah ke seluruh negara dalam kempen imarah Ramadan dengan mengimami solat sambil memberikan tazkirah di samping mengumpul dana bantuan untuk meringankan kemelut rakyat di negara mereka akibat kerakusan zionis dan percaturan keji imperialis barat.

Menurut Encik Wan Abdullah Sabary, “HALUAN mengucapkan terima kasih atas komitmen imam-imam hufaz ini dalam memenuhi jemputan dengan jadual yang cukup padat.”

“Terima kasih kami juga buat muslimin-muslimat yang telah menyumbangkan derma ikhlas bagi membantu saudara kita di Palestin dan Syria, dengan jumlah kutipan terkumpul setakat ini mencecah RM700,000,” tegas beliau.

Wang terkumpul ini akan disalurkan dalam beberapa bentuk projek bantuan yang sedang berjalan, antaranya bantuan anak yatim Palestin-Syria, tajaan pelajar perubatan Palestin di Sudan, program halaqah Al-Quran dan membina Pusat Komuniti Pendidikan Syria di Istanbul, Turki.

Anda terlepas peluang menderma dan berkongsi pahala? Jangan gusar. Salurkan derma ikhlas anda untuk kempen terkini melalui pautan ini → http://www.haluan.org.my/donate


Laporan SUK 3, Muhammad Mus’ab Sa’ari

Kiri, Encik Wan Abdullah Sabary Wan Harun dalam ucapan beliau
Ucapan wakil-wakil negeri
Seramai 10 orang imam dari Palestin dan Syria telah menjelajah ke seluruh negara