fbpx

Sertai Bengkel Fotografi Lanskap

Sertai Bengkel Fotografi Lanskap

Sertai Bengkel Fotografi Lanskap

BANDAR BARU BANGI, 22 Jan 2016 — Ingin tambah ilmu dan pendapatan dengan jualan hasil fotografi lanskap secara online? Tidak tahu kaedah terbaik untuk menangkap keunikan lanskap bernilai komersil untuk jualan stock photo?

Biro Penerangan HALUAN melalui Kelab Fotografinya mengajak anda mengasah bakat dan menimba ilmu melalui Bengkel Fotografi Lanskap pada hari Sabtu, 20 Februari 2016 ini.

Bermula dengan menjelahkan anda dini hari ke Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan sekitar Putrajaya yang menawarkan lanskap bernilai komersil, kami akan membawa anda ke ibupejabat HALUAN di seksyen 9 untuk sesi kelas dan beberapa lokasi menarik lain.

Kepada peminat fotografi, jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu bersama seorang jurugambar professional, Encik Salehuddin Lokman. Berikut adalah perjalanan bengkel sehari tersebut:

6:05 am : Solat subuh berjamaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mosque (Masjid Besi) Presint 3
6:15 am : Bergerak ke lokasi shooting sunrise di Masjid Besi
7:30 pagi : Sarapan di restoran berhampiran dan sesi sharing ketika outing pagi
8:30 pagi : Sesi kelas di Ibu Pejabat HALUAN
9:00 pagi : Pengenalan tentang landskap fotografi, asas-asas dan foto kritik untuk sesi sunrise. Trainer akan terangkan tentang cara ambil foto lanskap hinggalah ke final touch-up (post-processing)
12:30 tgh hari : Rehat, solat zuhur dan makan tengahari
2:00 tgh hari : Sambungan foto kritik
3:00 ptg : Bergerak ke lokasi air terjun berhampiran
4:30 ptg : Solat asar
5:00 ptg : Sambung foto kritik untuk air terjun
6:00 ptg : Bergerak ke lokasi sunset
7:45 mlm : Solat maghrib dan bergerak ke Ibu Pejabat HALUAN
8:30 mlm : Apakah “Stock Photography”? Bagaimana untuk menjana wang?
10:00 mlm : Bersurai

Sila bawa kamera SLR, tripod dan filter anda serta laptop, sebaiknya dengan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Lightroom.

Apa kata kalau bakat dan minat fotografi menjadi sebati dalam perjalanan kita menuju Ilahi? Sesungguhnya dunia hari ini menawarkan pelbagai persimpangan yang mampu membawa kita ke mana sahaja. Bagaimanakah untuk menjadikan sekeping gambar sebagai penyebab untuk kita ke syurgaNya? Segalanya menuntutkan usaha kita yang bersepadu. Mari kita bersama menjadikan kehidupan, minat dan bakat ini sebagai aset dunia dan akhirat kita. Ajak kawan-kawan. Jom daftar segera! Tempat amat terhad.


Laporan Biro Penerangan HALUAN