fbpx

SABASUN HyperRuncit Bantu Kutipan Kecemasan Gaza HALUAN

SABASUN HyperRuncit Bantu Kutipan Kecemasan Gaza HALUAN

SABASUN HyperRuncit Bantu Kutipan Kecemasan Gaza HALUAN

KUALA TERENGGANU, 24 Nov 2012 — HALUAN cawangan Terengganu telah memulakan kempen menyedarkan masyarakat mengenai pentingnya sumbangan segera kepada Palestin dengan HALUAN mengadakan satu kempen pelancaran di SABASUN HyperRuncit Sdn Bhd, sebuah pasaraya di bandar ini. SABASUN sebagai sebuah entiti perniagaan telah bersetuju memberikan ruang kepada HALUAN Terengganu untuk melancarkan majlis kutipan derma daripada pelanggannya dan masyarakat terdekat di kawasan itu.

CEO SABASUN Encik Che Salmi Ibrahim telah menekankan kepentingan setiap pelanggannya untuk terus komited memboikot barangan yang mempunyai hubungan terus dengan zionis Israel. Beliau dalam ucapannya mengingatkan tentang 3B yang perlu diamalkaniaitu Berdoa, Berderma dan Boikot.

Ketua Biro HALUAN Palestin Cawangan Terengganu Encik Jamil Muda telah menerangkan mengenai permasalahan sebenar di Palestin sambil menegaskan kepada semua hadirin tentang keteguhan bersama untuk masyarakat Malaysia pelbagai agama dan bangsa terus komited membantu rakyat Palestin yang sentiasa ditindas.

Keunikan majlis ini terserlah apabila HALUAN Terengganu telah melaksanakan perbualan lintas langsung atau “live” bersama tetamu dari Gaza iaitu Syeikh Abu Muhammad untuk berkongsi keadaan terkini di Gaza dan bantuan yang mereka perlukan. Sesi ini telah dikendalikan oleh Ustaz Abu Ubaidah Musa.

Dalam menyerikan lagi majlis, kumpulan nasyid ihtifaz dari Sekolah Menengah (A) Kampung Laut telah mempersembahkan tiga buah lagu daripada album Shoutul Harakah iaitu Palestina Tercinta, Mujahid Setia, dan Tekad Perjuangan.

Sumbangan ikhlas daripada pihak SABASUN serta pelanggannya bernilai RM10,000 telah diterima oleh Encik Kamarudin Muda selaku Bendahari HALUAN Terengganu.

Kutipan Tabung Bergerak pada malam itu juga telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM2,777.15.

HALUAN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma terutamanya pihak SABASUN Sdn Bhd di atas penglibatan aktif mereka dalam membantu warga Palestin dan akan menyampaikan terus sumbangan tersebut dalam masa terdekat.


Laporan oleh wartawan MediaHALUAN, Terengganu