fbpx

Peserta i-JDK 2018 Zon 1 Muhasabah Dengan Masyarakat

Peserta i-JDK 2018 Zon 1 Muhasabah Dengan Masyarakat

Peserta i-JDK 2018 Zon 1 Muhasabah Dengan Masyarakat

SINTOK, KEDAH 22 Dis 2018 – Menghampiri hari-hari terakhir i-JDK 2018 Zon 1, para peserta telah dibawa bertemu masyarakat sekitar untuk menjalankan modul khidmat masyarakat. Seawal jam 9 pagi lagi, 93 orang peserta telah dibahagikan dan dibawa bertemu imam dan ahli kariah masjid Bukit Tangga dan Changkat Setol.

Seramai 39 peserta di kariah Changkat Setol telah membantu dalam membuat bancian ahli kariah. Penduduk kampung menyambut baik kedatangan mereka. Para peserta i-JDK ini telah mendapat pujian daripada imam Masjid Changkat Setol dalam ucapan penutupnya kerana telah berjaya membuat bancian di 50 buah rumah dalam masa kurang dua jam.

Manakala para peserta di masjid Bukit Tangga pula telah bergotong-royong membersihkan kawasan masjid dan bersama-sama menyediakan makanan tengahari. Modul Khidmat Masyarakat ini telah disusun khas untuk mendedahkan para peserta yang baru sahaja tamat SPM mengenali masyarakat dengan lebih dekat. Terserlah keterujaan para peserta apabila mereka diberi peluang untuk bertemu dua mata dan bersembang santai dengan penduduk kampung.

Selesai solat zohor, forum HiMEGA yang memfokuskan kehidupan di institut pengajian tinggi telah diadakan di Masjid Bukit Tangga. Forum itu telah dikendalikan oleh Cik Khalida Marwani dan panel-panel jemputan iaitu Cik Salsabila Mohd Jamil yang telah menyambung pelajaran di UUM dan Cik Nur Mayamin Uzir yang menyambung pelajaran di UniSHAMS, kedua-dua mereka merupakan lepasan Kolej Teknologi Darulnaim serta Cik Nasywah Hanan, lepasan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP). Para panelis telah menceritakan bagaimana pengalaman di universiti membantu dalam menguruskan kehidupan sebagai pelajar muslim. Program khidmat masyarakat ini tamat selepas solat asar dan minum petang.

_
Laporan Ummu Aiman Azmi, JK Media i-JDK Zon 1 2018