fbpx

Penduduk takut ke hospital

Penduduk takut ke hospital

Penduduk takut ke hospital

KEMBOJA, 19 Julai 2012 – Misi Kemanusiaan Dan Kebajikan Kemboja 2012 telah membuat pemeriksaan kesihatan dengan berkunjung rumah ke rumah penduduk kampung di sekitar Kemboja.

Dr Baharudin Suri berkata, kebanyakkan penduduk yang diperiksa adalah golongan tua mengidap penyakit gastrik, urat, sakit lutut dan beberapa penyakit kronik.

Menurutnya, semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan hanya seorang perempuan yang berusia 15 tahun menghidap penyakit buah pinggang atau dikenali sebagai nephrotic syndrome.

‘Penduduk di sini takut untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana mereka perlu membayar jika hendak mendapatkan ubat bagi merawat penyakit mereka’, katanya kepada wartawan.

Katanya lagi, dia berharap supaya penduduk di sini mendapat rawatan sepatutnya yang sepatutnya oleh pihak hospital kerajaan dengan perkhidmatan percuma.

Disebabkan terpaksa membayar wang untuk mendapatkan ubat bagi merawat sakit yang mereka hadapi, penduduk kampung lebih rela duduk di rumah menunggu penyakit itu sembuh.