fbpx

Paramedik HALUAN Mantapkan Gerak Kerja

Paramedik HALUAN Mantapkan Gerak Kerja

Paramedik HALUAN Mantapkan Gerak Kerja

para-01KUALA KANGSAR, 29 Dis 2013 – Gabungan wargakerja pelbagai bidang sains kesihatan di dalam HALUAN telah mengorak langkah untuk memantapkan perancangan mereka demi memperkokohkan barisan Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dalam suatu mesyuarat khas yang diadakan di sini pada Disember 28 yang lalu.

Gabungan yang terdiri daripada tidak kurang 20 jenis profesion berbeza itu berazam menyusun langkah dan strategi untuk mengembling sebaik cara tenaga dan suadaya penggerak paramedik seluruh negara yang dianggarkan mencapai tidak kurang daripada 80 orang. Menurut Ketua Unit Paramedik KKH selaku pengerusi mesyuarat, Encik Abdul Razak Ahmad, kepelbagaian bidang ahli-ahli paramedik di dalam KKH bererti sudah sampai masanya kumpulan kerja ini beridentiti lebih mantap dan seragam demi menyahut seruan kesukarelawanan di pelbagai medan.

“Pengkayaan bidang ini bererti kita boleh menawarkan lebih banyak perkhidmatan kepada masyarakat daripada apa yang kita sangkakan. Dengan hasrat itu juga, mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk memilih nama Sains Kesihatan HALUAN atau SKH sebagai amalgamasi gabungan pelbagai bidang yang ada ini. Ini untuk memudahkan kami merekrut ahli-ahli baru yang mungkin kurang selesa bila dipanggil paramedik. Namun di mata awam, kami tetap akan dikenali sebagai paramedik – golongan sokongan yang akan memantapkan setiap aktiviti KKH di lapangan secara tersusun rapi,” berkata Razak kepada mediaHALUAN di lokasi.

Seramai 14 orang wakil SKH yang terdiri daripada ahli paramedik HALUAN dari Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Johor telah hadir di mesyuarat khas tersebut. Berkata Abdul Razak, di antara profesion yang terangkum di bawah SKH termasuklah teknologis makmal perubatan, terapis tatacara kerja, jururawat lelaki dan wanita, pembantu perubatan, farmasis, pembantu farmasis, saikologis kesihatan, saikologis klinikal, dietisyen, nutritionist, radiographer, fizioterapis, optometris, audiologis, terapis pertuturan, pembantu kesihatan, kesihatan persekitaran, teknologis pergigian dan pegawai sains.

“Senarai ini tidak terhenti di sini malahan akan berkembang dengan meningkatnya ahli HALUAN dalam bidang-bidang ceburan baru seperti perubatan nuklear dan sebagainya. Inilah langkah kami buat pertama kalinya untuk menyatukan golongan sokongan perubatan dan kesihatan di dalam sebuah unit yang teratur. Ia bukan mudah tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan bilamana kita semua boleh berkongsi satu visi dan misi yang sama di bawah lembayung KKH. Buat peringkat sekarang, SKH akan tumpukan terhadap dua agenda penting. Yang pertama ialah membina pangkalan data ahli-ahli kami dengan selengkapnya mengikut zon agar kami tahu kekuatan yang ada dan bilangan yang boleh dikerah keluar berkhidmat dengan notis yang pendek. Kedua adalah melancarkan Seminar Khas Paramedik SKH pada awal Mac 2014 nanti di mana kami berhasrat menghimpun semua ahli SKH di bawah satu bumbung,” ujar beliau yang juga merupakan seorang pegawai sains kanan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Menurut Naib Pengerusi SKH, Encik Azhar Ahmad, semua paramedik SKH digalakkan menyertai seminar tersebut yang akan diadakan di Kota Baru, Kelantan pada 1 dan 2 Mac, 2014. Termasuk dijemput adalah ahli-ahli HALUANSiswa tahun akhir di dalam bidang pengajian sains kesihatan bersekutu. Iklan akan dikeluarkan tidak lama lagi dan sebarang pertanyaan boleh disalurkan terus kepada Urusetia SKH sementara di talian 019 – 645 8002 atau melalui emel, atau mana-mana Ketua Zon SKH terdekat seperti di bawah ini.

Zon Pantai Timur – Azhar Ahmad.
Zon Selatan – Sharifah Ruqayyah Syed Ahmad Helmi.
Zon Utara – Zulkifli Ismail.
Zon Tengah – Muhammad Afiq Jamarudin.