fbpx

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Kepimpinan Efektif

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Kepimpinan Efektif

Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Kepimpinan Efektif

2.1 Salah Faham Kedudukan Kepimpinan

Kepimpinan dianggap autoriti, penguasaan, dominasi atau kekuatan. Seorang datang kepada Rasulullah SAW dalam keadaan gementar. Sabda Rasulullah SAW:

“Tenanglah! Aku bukan seorang raja, sesungguhnya aku hanyalah putra seorang perempuan Quraisy yang biasa makan daging kering (makanan biasa)” (Al Bidayah, IV; 293)

Ada berpendapat kepimpinan merupakan pusat atau kedudukan. Lalu ia persiapkan diri untuk kepimpinan dengan keperibadian lain, jiwa berubah-ubah dan lain daripada keadaan sebelumnya. Inilah bayangan menimpa pemimpin lemah, orang-orang kerdil dalam keimanan dan kefahaman.

Suatu ketika Rasulullah SAW menahan Abu Sufian bersama bapa saudaranya Abbas R.A dalam Perjanjian Hudaibiah supaya Abu Sufian dapat melihat kekuatan Islam, keagungan seorang peminpin dan ketaatan pengikutnya. Apabila battalion diketuai oleh Rasulullah SAW melaluinya, Abu Sufian berkata kepada ‘Abbas: “Sesungguhnya, hari ini kerajaan anak saudaramu benar-benar menjadi besar!” Abbas menjawab untuk membetulkan kefahaman Abu Sufian ke dalam kerangka Islam dan iman, “Sesungguhnya itu adalah kenabian (bukan kerajaan)” Abu Sufian berkata; “Jika demikian, maka betapa indahnya” (Ibnu Hisyam II, 268)

2.2 Definisi Kepimpinan Efektif

Kepimpinan menterjemahkan fungsinya dengan perilaku. Keberkesanan bukan kerana seruan, laungan memekak dan menggema di mana-mana tetapi terletak pada perilaku memperkayakan pengucapan, terjemahkan tugas kepimpinan dalam suasana penuh berhati-hati dan ketenangan. Hasilnya pekerjaan semakin maju, produktiviti meningkat dan sasaran dapat dicapai.

Ketika Hurmuzan datang menyerah diri untuk bertemu dengan Umar bin Khattab, ia melihat beliau sedang tertidur dalam masjid. Ia bertanya: “Di manakah penjaganya? Di manakah pengawalnya?” Mereka menjawab: “Ia tidak memiliki penjaga dan pengawal” Hurmuzan berkata: “(Kalau demikian) mestinya ia seorang nabi” Mereka menjawab: “(Bukan) tetapi ia melakukan pekerjaan para nabi” (Ibnu Katsir, VII; 87)

Pemimpin efektif ialah:

Interaksi aktif yang efektif
Membantu mencapai sasaran
Selalu menggerakkan organisasi menuju sasaran-sasaran tersebut
Mewujudkan interaksi dan keterikatan antara individu
Memelihara kekuatan dan kewibawaan organisasi
Apakah anda seorang pemimpin?

Aspek Perbandingan Pemimpin Ketua Pengurus
Pemilihan Dipilih oleh organisasi berdasarkan pengakuan spontan dari anggota-anggotanya Terpilih kerana sistem dan bukan hasil pengakuan spontan Diperolehi melalui perlantikan
Sasaran Berkerja untuk mencapai sasaran dimandatkan organisasi Berkerja mencapai sasaran dipilih secara peribadi dalam batas-batas kepentingannya Sasaranya meraih keuntungan material dan kedudukan
Anggota Memilih pemimpin dan menjadi pengikutnya Tidak boleh dikatakan pengikutnya kerana mereka tidak menerima autoriti atasan berdasarkan kemahuan mereka Anggota bukan pengikut atau orang bawahan, tapi hanya pekerja
Autoriti Autoriti pemimpin pilihan spontan dari anggota organisasi Autoriti pimpinan dating dari autoriti luar organisasi Dipilih dari anggota paling tua/senior
Hubungan Pemimpin berkerja bersama pengikutnya Wujud jurang dan jarak sosial sememang sengaja diadakan antara ketua dan orang bawahan Hubungan oleh program/projek dan terikat dengan pekerjaan

2.3 Faktor-Faktor Kepimpinan Efektif

i. Dia seorang anggota baik dalam organisasi

Ketika berita Abu Bakar memilih penggantinya Umar bin Khattab tersebar luas dalam masyarakat, mereka bimbang terhadap sikap tegas dan keras Umar R.A.. Thalhah datang berjumpa dengannya dan bercakap atas nama masyarakat kepada Abu Bakar: “Apa yang akan kau katakan kepada Tuhanmu pada hari qiamat?” Abu Bakar dalam keadaan sakit tenat berkata: “Dudukanlah aku.” Setelah duduk ia berkata: “Apakah kamu menakut-nakutkan aku dengan nama Allah, sungguh rugi orang orang yang membekali diri untuk urusan kamu dengan kezaliman. Aku akan berkata kepada Tuhanku: “Ya Allah, aku telah mengangkat seorang khalifah untk hambMu orang terbaik dari ahliMu (iaitu Umar)” ” (Ibnu al Atsir, 2/425)

ii. Meyakini kemampuan tiap-tiap anggota

Pengaruh pemimpin pada anggota adalah interaksi secara mutual (saling memahami). Hakiki sebenarnya pengaruh pemimpin ini adalah hasil perilakunya terhadap anggota. Umar al-Khattab r.a sangat iltizam terhadap kerja anggota, jelas dalam suratnya kepada Sa’ad bin Abi Waqas:

“Jangan sekali-kali kamu benci berita apapun yang sampai kepadamu tentang mereka (rakyat), dan tidak juga apa yang mereka bawa kepadamu. Mohonlah pertolongan Allah dan bertaqwalah serta tulislah surat kepadaku setiap hari” (At thabari III/495)

iii. Berkemahiran interaksi dengan anggota.

iv. Mencipta suasana kerja penuh toleransi.

Memikul beban sama dengan anggota. Hak dan kewajipan sama dengan anggota. Pada Tahun Kebinasaan dan Kelaparan, Umar r.a. cuba menghayati keadaan menimpa masyarakat, lalu berkata: “Bagaimana aku boleh menyelami keadaan rakyatku jika aku tidak dapat merasai apa yang mereka deritai” (At-Tabari, 4/98)

Ibnu katsir berkata: “Beliau lebih dahulu menunjukkan keperihatinan sebelum orang lain, sehingga warna kulitnya menghitam dan badannya berubah, kaum muslimin bimbang kepada keadaan beliau yang semakin lemah”

Siri 1: Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Muqaddimah
Siri 2: Kepimpinan Eksekutif Dalam Islam: Kepimpinan Efektif