fbpx

NGO Malaysia Menolak “Deal of The Century”

NGO Malaysia Menolak “Deal of The Century”

NGO Malaysia Menolak “Deal of The Century”

KUALA LUMPUR, 13 Jan 2020 – Tiga belas badan bukan kerajaan (NGO) mengutuk keras Pelan Damai Israel-Palestin aturan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana didakwa tidak masuk akal dan mencabul hak asasi Palestin.

“Tawaran Trump langsung tidak masuk akal dan merupakan pencabulan hak rakyat Palestin yang terburuk pernah terjadi dalam sejarah. Kali ini mereka mahu membatalkan keseluruhan hak rakyat Palestin dan melupuskan tuntutan mereka buat selama-lamanya,” jelas Dr. Hafidzi Mohd Noor ketika sidang media yang diadakan di Hotel Putra hari ini.

Manakala dalam satu kenyataan lain hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata rakyat Palestin mempunyai hak untuk menolak perjanjian itu kerana mereka tidak terlibat secara langsung dalam atau bahkan diajak berunding mengenai penggubalan cadangan itu. Malaysia sama sekali tidak menerima perjanjian damai antara Israel dan Palestin tersebut.

“Hari ini secara jelas Donald Trump mengistiharkan bahawa tamatlah keamanan dan bermula episod sebenar, mereka menunjukkan wajah sebenar mereka yang membelakangkan keamanan dan menjadi pencatur urusan rakyat Palestin. Pengistiharan ini telah menolak hak asasi dunia. Jika perkara ini dibenarkan di Palestin maka, ianya boleh diguna pakai  oleh mereka di mana-mana negara. Ia satu trend gerakan merbahaya yang seluruh umat dunia wajib menentangnya habis-habisan, tanpa mengira kaum atau agama,” tegas Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr. Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, yang turut bersama dalam sidang media.

Antara NGO terlibat:-

1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

2. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

5. Muslim Care Malaysia

6. Malaysian Women Coalition for al-Quds and Palestine (MWCQP)

7. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

8. Salam Palestin

9. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

10. BDS Malaysia

11. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

12. Yayasan al-Quds Malaysia (QFM)

13. Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)


Laporan mediaHALUAN