fbpx

Bengkel Pengurusan Kewangan Institusi Tahfiz

Bengkel Pengurusan Kewangan Institusi Tahfiz

Bengkel Pengurusan Kewangan Institusi Tahfiz

PUNCAK ALAM, SELANGOR, 5 Feb 2020 – HALUAN telah dijemput mengisikan panduan sempena Bengkel Pengurusan Kewangan Institusi Tahfiz Selangor anjuran Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS).

Pensyarah Perbankan dan Kewangan, UiTM merangkap Ketua Biro Pengajian Tinggi HALUAN, Prof. Dr. Ismail Ahmad telah dijemput sebagai penceramah dalam bengkel berkenaan.

Bengkel tersebut dihadiri 72 peserta terdiri daripada pentadbir kewangan Institusi Tahfiz sekitar Kuala Selangor, Gombak, Shah Alam dan Klang. Projek yang dilaksanakan secara tersusun oleh HALUAN seperti di Pusat Pembangunan Insan Sabah telah diselitkan sebagai contoh di dalam ceramah yang disampaikan bagi tujuan memperkenalkan kaedah-kaedah berkesan yang dipelopori HALUAN untuk masyarakat.

Objektif bengkel ini mensasarkan pemantapan pengurusan kewangan di semua institusi tahfiz terutamanya di Selangor bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa kini. Intitusi tahfiz yang secara khususnya mencerminkan suatu pusat pengajian Islam diharap dapat menjadi contoh dalam menterjemahkan konsep Islam yang syumul dan bersifat dinamik dalam semua aspek termasuk aspek pengurusan kewangan.


Laporan Amirul Anuar Azman, Setiausaha Kerja HALUAN Cawangan Selangor