fbpx

Kluster Pendidikan & Media Jelajah Malaysia

Kluster Pendidikan & Media Jelajah Malaysia

Kluster Pendidikan & Media Jelajah Malaysia

TAWAU, 31 Jan 2020 – Tahun 2020 menyaksikan perubahan struktur di dalam organisasi HALUAN Malaysia. Pengenalan beberapa Kluster di dalam pendekatan untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia telah dilancarkan. Struktur Kluster tersebut terdiri daripada:

  • Kluster 1 – Pendidikan & Media,
  • Kluster 2 – Dakwah,
  • Kluster 3 – Profesional & Agensi,
  • Kluster 4 – Kebajikan & Kemanusiaan,
  • Kluster 5 – Pemuda, Sukan & Rekreasi, dan
  • Kluster 6 – Wanita & Pembangunan Keluarga

Kluster Pendidikan & Media diketuai oleh Naib Presiden 1 HALUAN, Prof. Madya Dr. Ir. Solehuddin Shuib. Kluster ini terdiri daripada Biro Pendidikan diketuai oleh Encik Engliman Roslan, Biro Pengajian Tinggi diketuai oleh Prof. Dr. Ismail Ahmad, Biro Media diketuai oleh Encik Khairul Azman Ahmad Abkari, dan Biro Penerbitan diketuai oleh Encik Mohd Fuad Razali.

Kluster Pendidikan & Media telah selesai mengadakan jelajah ke seluruh negara bertujuan memberikan taklimat dan halatuju serta memperkemaskan struktur yang berkaitan Pendidikan & Media di negeri-negeri. Usaha ini dilihat penting untuk memastikan seluruh organisasi negeri-negeri dapat berfungsi dengan baik, khasnya untuk Pendidikan & Media. Pelbagai input telah diperolehi dan ia amat bermakna dalam memastikan operasi Kluster Pendidikan & Media berjalan lancar sepanjang tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Di dalam setiap kunjungan, Dr. Solehuddin sering menekankan berhubung Visi, Misi, Objektif dan Nilai Teras. Manakala Ketua-ketua Biro pula menerangkan dengan lebih terperinci di dalam slot masing-masing. Penekanan diberikan tentang apakah aspirasi biro pusat tentang gerak kerja biro-biro di negeri. Selepas itu, sesi soal jawab telah diadakan dan wakil-wakil negeri bebas bertanyakan apa sahaja berhubung cabaran atau idea bagi menjayakan khidmat mereka kepada masyarakat.

Setiap biro juga telah mengenal pasti wakil masing-masing melalui kunjungan ini. Jelajah ini juga telah menjadi pemangkin kepada organisasi negeri untuk lebih bersiap sedia. Seperkara yang dapat dilihat adalah organisasi HALUAN di negeri-negeri telah mempunyai gambaran yang jelas berhubung pembentukan sistem kluster dan usaha pelaporan akan menjadi mudah serta bersistematik.


Laporan oleh Encik Khairul Azman Ahmad Abkari