fbpx

NGO Kemanusiaan Malaysia Zahirkan Rasa Bimbang, Salur Bantuan Kecemasan Segera

NGO Kemanusiaan Malaysia Zahirkan Rasa Bimbang, Salur Bantuan Kecemasan Segera

NGO Kemanusiaan Malaysia Zahirkan Rasa Bimbang, Salur Bantuan Kecemasan Segera

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan rakan NGO kemanusiaan yang lain seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Cinta Syria Malaysia (CSM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), I am Faith Men (Faith Men), Malaysia Life Line for Syria (MLLFS), Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dan beberapa NGO yang lain, mengikuti dengan rapat perkembangan terbaharu yang sedang berlaku di Idlib, Syria pada waktu ini.

Idlib yang menjadi ‘rumah’ kepada hampir 4 juta pelarian di dalam Syria (Internally Displaced Person) semenjak Mac 2015 dan juga merupakan kawasan yang telah dipersetujui sebagai ‘de-escalation zone’ di dalam perjanjian Astana, dimeterai pada tahun 2017 kini sedang berhadapan dengan serangan besar-besaran daripada pemerintah Syria yang di dokong kuat oleh Rusia dan juga Iran.

Kami melahirkan rasa kebimbangan di atas perkembangan serangan yang dilakukan pada ketika ini yang selain telah mengakibatkan ribuan kematian termasuk wanita dan kanak-kanak, ianya juga telah memaksa lebih 900,000 mereka yang berada di Idlib terpaksa melarikan diri dan kini berada di pinggir bandar Aleppo dan juga Idlib termasuk sepanjang sempadan Syria dan Turki demi untuk menyelamatkan nyawa mereka dalam keadaan serba kekurangan. Laporan daripada United Nations High
Commissioner for Refugees (UNHCR), daripada jumlah tersebut, 80%
terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Kebanyakan daripada mereka yang melarikan diri kini berhadapan dengan situasi cuaca musim sejuk ekstrim tanpa kelengkapan asas seperti khemah, selimut tebal dan juga baju sejuk. Ada yang terpaksa tidur di dalam kenderaan, sisa runtuhan bangunan yang terbuka, malah terpaksa bermalam di bawah pokok-pokok zaitun dengan beralaskan tanah yang berlecak. Maklumat kemaskini melalui rakan seperjuangan di lapangan juga menyebutkan kebanyakan mereka telah kehabisan sumber makanan dan ini menjadi cabaran besar terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak.

Justeru, kami menyeru perkara berikut segera dilaksanakan bagi mengekang lebih banyak nyawa menjadi korban:

  1. Pihak-pihak yang bertelagah mematuhi dan menghormati perkara yang telah diputuskan dalam perjanjian Astana.
  2. Gencatan senjata segera dibincangkan.
  3. Semua pihak yang terlibat perlu mematuhi sepenuhnya Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (International Humanitarian Law).
  4. Turki dan juga komuniti antarabangsa perlu bersetuju membuka dan mewujudkan ruang selamat (safe zone) untuk usaha bantuan kemanusiaan masuk dan diberikan jaminan keselamatan.
  5. Kerjasama Kerajaan Malaysia untuk turut sama membantu usaha-usaha bantuan kemanusiaan yang digerakkan oleh NGO-NGO di Malaysia khusus untuk Syria.

Berikutan keadaan yang kritikal pada ketika ini, sidang media pada hari juga turut melancarkan tabung bantuan kecemasan Idlib dengan menggunakan #UrgentCall4Idlib dengan sasaran dana sebanyak RM1 juta. Bantuan akan disalurkan dalam bentuk khemah, selimut tebal, kit musim sejuk dan juga makanan dalam kadar yang segera melalui rakan pelaksana di Turki.

Dengan rendah hatinya kami ingin merakamkan rasa terima kasih di atas keprihatinan dan juga sokongan yang diberikan untuk terus membantu rakyat Syria yang memerlukan. Terima kasih.

  1. Malaysian Life Line for Syria (MLLFS)
  2. Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM)
  3. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  4. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  5. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  6. I am Faith Men (Faith Men)
  7. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
  8. Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM)

Salurkan sumbangan anda melalui pautan ini:

Urgent Call For Idlib

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.