fbpx

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-8

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-8

Tahniah Perdana Menteri Malaysia ke-8

Perdana Menteri Malaysia ke-8

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Saya mewakili seluruh warga HALUAN merakamkan ucapan tahniah kepada Tan Sri atas pelantikan tersebut. Semoga Tan Sri dapat melaksanakan amanah ini sebaiknya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, membuka lembaran baharu kepada Malaysia yang lebih cemerlang dan sejahtera.

Kami berdoa Tan Sri akan dapat meneruskan usaha memperkasakan syiar Islam di negara tercinta ini, di samping mengutuhkan lagi kesatuan umat Islam serta mempererat lagi perpaduan rakyat secara adil dan saksama.

Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman
Presiden Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
7 Rejab 1441
2 Mac 2020

__
Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my