fbpx

Meriah Sambutan Aidilfitri HALUAN 1439H

Meriah Sambutan Aidilfitri HALUAN 1439H

Meriah Sambutan Aidilfitri HALUAN 1439H

BANDAR BARU BANGI, 9 Julai 2018 – Sambutan syawal peringkat Ibu Pejabat HALUAN dimeriahkan dengan kehadiran hampir 1,000 tetamu ke Majlis Sambutan Aidilfitri 1439H dan rumah terbuka NGO HALUAN hari ini.

Majlis yang berlangsung di perkarangan ibu pejabat itu juga sebagai satu platform untuk mengeratkan silaturahim di antara seluruh ahli HALUAN, syarikat-syarikat, NGO-NGO dan sukarelawan yang telah memberi kepercayaan kepada HALUAN sepanjang tahun ini.

Majlis yang bermula jam 10.00 pagi itu meriah dengan para jemputan menikmati pelbagai juadah antaranya satey, lemang, rendang, nasi beriani, aiskrim, lontong dan beraneka jenis kuih raya.

Sementara itu, Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman dalam ucapan aluannya berkata, “marilah kita meraikan kemenangan ini dengan penuh syukur, memperbaiki dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama kita agar mampu menghadapi pelbagai rintangan dunia Islam global yang penuh mencabar demi mencapai redha Allah SWT.”

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan oleh anak-anak Rohingya Community Educare Center (RCEC) dan kumpulan Al-Faizin dari Sekolah Rendah Ibnu Khaldun. Dr. Abdullah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim Asrama HALUAN Penyayang (AHP) dan anak-anak lain yang hadir.


Laporan Unit Media, Biro Penerangan HALUAN