fbpx

Jom Korban Bersama HALUAN 1439H

Jom Korban Bersama HALUAN 1439H

Jom Korban Bersama HALUAN 1439H

BANDAR BARU BANGI, 8 Julai 2018 – HALUAN sekali lagi menganjurkan Program Ibadah Korban HALUAN 1439H menjelang Hari Raya Aidil Adha. Program yang dilancarkan oleh Presiden HALUAN semasa Majlis Sambutan Aidilfitri HALUAN tempohari kini telah mencapai tahun ke-18 penganjurannya.

Pada tahun ini, HALUAN menyasarkan lebih 7,000 bahagian daging korban untuk diagihkan ke 19 buah negara meliputi Somalia, Kenya, Kemboja, Thailand, Sri Lanka, Bangladesh, India, Rohingya, Mesir, Aceh, Sudan, Malaysia, Syria, Jordan, Palestin, Morocco dan tiga buah negara baru iaitu Togo, Yaman dan Filipina.

Pelaksanaan korban di negara-negara sasaran ini adalah sebagai salah satu usaha HALUAN untuk membantu rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, iaitu membantu saudara se-Islam lain yang bukan sahaja berada di Malaysia, bahkan di negara-negara lain yang kurang bernasib baik akibat kemiskinan, bencana alam, peperangan dan seumpamanya.

“Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan bersama kami melaksanakan ibadah korban untuk tahun ini. Kami akan mengutuskan sukarelawan kami hampir ke kesemua lokasi korban untuk memastikan hajat dan niat peserta korban akan tercapai. Agihan daging-daging korban ini juga adalah pemangkin kepada kesinambungan perancangan jangka panjang HALUAN bagi membantu masyarakat Islam di negara-negara terbabit di dalam sektor pendidikan, kebajikan dan dakwah,” berkata Ketua Biro Kebajikan, Encik Azhar Idris.

Kempen korban HALUAN ini akan berlangsung selama dua bulan setengah dengan tempoh penerimaan penyertaan bermula 5 Julai sehingga 19 Ogos 2018, dan baki selama sebulan untuk urusan pencetakan dan penghantaran sijil, gambar bukti dan resit kepada para peserta.

HALUAN memudahkan urusan korban pada tahun ini dengan menggunakan aplikasi secara online. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut serta terus menyertai ibadah korban ini dengan mudah hanya dengan melayari laman sesawang “korban.haluan.org.my” atau hubungi hotline HALUAN di talian 010-300 5141.

__
Laporan Muhammad ‘Izzat Mohd Ghani, Setiausaha Kerja 4