fbpx

Luahan Nurani di Peserta JDK Zon Timur

Luahan Nurani di Peserta JDK Zon Timur

Luahan Nurani di Peserta JDK Zon Timur

KUANTAN, 1 Jan 2016 — Kursus Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja (JDK) kali ke-8 anjuran HALUAN telah pun melabuhkan tirainya pada 31 Disember lepas selepas dua minggu melatih remaja lepasan SPM di lima zon; Timur, Utara, Tengah, Selatan dan Sabah.

Berbagai kenangan manis terpahat di hati lebih 450 peserta yang datang dari segenap ceruk rantau demi mempersiapkan diri mereka menjejaki menara gading tidak lama lagi. Itu adalah objektif JDK – mempersiapkan minda lepasan SPM agar menjadi insan mahasiswa yang berkualiti di segi iman, akhlak dan akademik.

Editorial laman web ini suka berkongsi cetusan rasa salah seorang peserta perempuan lepasan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia tentang pengalaman beliau menyertai JDK Zon Timur baru-baru ini. Nikmati penulisan beliau dalam rangkaian media sosialnya.


Laporan Unit Media Biro Penerangan HALUAN