fbpx

Anak Yatim Palestin-Syria Lapar & Sejuk!

Anak Yatim Palestin-Syria Lapar & Sejuk!

Anak Yatim Palestin-Syria Lapar & Sejuk!

BANDAR BARU BANGI, 01 Jan 2016 — HALUAN menggencarkan kesinambungan kempen Cinta Yatim Palestin-Syria yang dilancarkannya pada tahun 2014 di mana anak-anak yatim terpilih menerima bantuan setiap bulan daripada penyumbang rahsia dari Malaysia.


Program yang dicetuskan atas rasa cinta dan tanggungjawab sesama Muslim ini bertujuan menyalurkan bantuan sara hidup bagi membantu anak-anak ini mendapatkan keperluan asas, terutamanya susu, makanan dan ubatan.

Semoga kita dapat mengambil pelajaran daripada saranan Rasulullah SAW berkaitan sikap memuliakan anak-anak yatim, antaranya daripada Sahl bin Sa’ad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga seperti ini (Baginda mengisyaratkan kedua jari telunjuknya dan jari tengah sambil membuka keduanya).” [HR Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi]

Sebuah lagi hadith inspirasi untuk para derma berbunyi begini, “Barang siapa yang mengikut sertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang Muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” [HR. Abu Ya’la dan Tabroni]

Anak-anak yatim ini adalah mangsa peperangan di Syria yang kini berjumlah lebih daripada 70,000 orang. Majoriti daripada mereka adalah daripada keluarga pelarian Palestin yang berlindung di Syria sebelum tercetusnya konflik.

Mereka kematian ibu bapa atau ditinggalkan kerana peperangan. Mereka tinggal di merata tempat, terutama di kem-kem pelarian di sempadan Lubnan, Turki, Jordan dan juga di dalam wilayah Syria sendiri. Anak-anak ini tidak mengenal istilah “kenyang”, bahkan kadangkala terpaksa berlapar sepanjang masa.

HALUAN melalui kerjasama Al-Sarraa Foundation, sebuah NGO yang dikendalikan oleh aktivis Robitah Ulamak Palestin, telah mengenal pasti lebih 100 anak-anak yatim untuk dibiayai. Mereka kini berlindung di Kem Pelarian Ein El-Helwah di Lubnan.

Setiap anak yatim boleh dibiayai dengan hanya RM200 (US$50) setiap bulan. Tempoh minima pembiayaan adalah selama setahun. Peserta boleh membiayai lebih daripada seorang anak yatim, atau pun berkongsi membiayai seorang anak yatim.

Biodata anak yatim yang anda taja akan diserahkan kepada pembiaya. Allah SWT mengganjari tuan-puan yang mengambil bahagian, dan bagi mereka yang tidak mampu, terus panjatkan doa kemenangan Islam ke atas rejim ganas Syiah dan zionis di rantau sana.

Bagaimana Anda Boleh Turut Membantu?

i. Lengkapkan Borang Penyertaan Cinta Yatim Palestin-Syria secara online di sini.
ONLINE FORM

TABUNG PALESTIN HALUAN
BIMB: 14-023-01-0034292
Maybank: 5644 9020 8528

iii. Pembayaran seterusnya boleh dibuat mengikut kekerapan yang dipilih. Sila email slip/resit sumbangan [YatimPalestin-Syria] ke unit.kewangan@haluan.org.my

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut:

✔Hotline: +60129547861 (Call/SMS/Whatsapp) – 24jam
✔Phone: +60389268892
✔Fax: +60389266892
✔Website: www.haluan.org.my
✔Email: biro.palestin@haluan.org.my


Laporan Musab Saari, SUK Biro HALUAN Palestin