fbpx

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatkan Mutu Pendidik

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatkan Mutu Pendidik

Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Tingkatkan Mutu Pendidik

BANDAR BARU BANGI, 25 Dis 2015 — Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan inisiatif HALUAN, UPM dan KKLW untuk meningkatkan kemahiran para pendidik dengan modul-modul yang telah dirangka secara khusus oleh pihak UPM malah modul ini juga telah diterapkan dalam program PERMATA.


Kursus ini berjalan selama sebulan bermula 23 November hingga 20 Disember 2015. Kursus ini dikendalikan oleh HALUAN dengan anjuran bersama oleh Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di bawah Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK).

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran asuhan dan didikan awal kanak-kanak kepada peserta secara menyeluruh. Selain itu, kursus ini dapat memberi pendedahan ilmu pendidikan dengan kaedah yang lebih berkesan dalam pelbagai sudut dengan meliputi seluruh aspek fakulti keinsanan.

Kursus ini telah dijalankan di Ibu Pejabat HALUAN, Bandar Baru Bangi, Selangor dengan penyertaan seramai 30 orang peserta di kalangan guru-guru tadika luar bandar dari seluruh Malaysia. Konsultan yang mengendalikan kursus ialah Dr. Zainal Madom dari Universiti Putra Malaysia merupakan salah seorang pengasas Program PERMATA.


Disediakan oleh Ahmad Faris Zakaria

kursus-kanak2-2

Dr Zainal memberi taklimat awal kepada peserta kursus