fbpx

Fotografi Story of Unity and Love

Fotografi Story of Unity and Love

Fotografi Story of Unity and Love

AMMAN, JORDAN, 4 Jan 2016- HALUAN melalui Biro Misi Kemanusiaannya telah menganjurkan pertandingan fotografi bertemakan kehidupan pelarian Syria di Jordan sempena misi Warmth for Syria pada 19 November 2015 lepas.

Pertandingan yang diberi nama Story of Unity and Love (SOUL) telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pertandingan yang dibuka kepada pelajar-pelajar Malaysia di Jordan itu telah menyaksikan sembilan penyertaan hasil buah tangan anak-anak Malaysia.

Objektif pertandingan itu ialah untuk menyebarluaskan lagi kesedaran kepada rakyat Malaysia akan realiti yang dihadapi oleh pelarian Syria di Jordan dan kesusahan hidup yang mereka hadapi.

Pertandingan yang berlangsung selama seminggu itu telah membuka peluang kepada anak-anak Malaysia yang berbakat dalam bidang fotografi untuk menonjolkan bakat mereka di samping mempamerkan hasil kerja mereka kepada orang awam melalui pameran-pameran yang dianjurkan HALUAN.

Panel hakim yang diketuai Setiausaha Kerja Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Encik Muhammad Shakir Sabaruddin telah memilih tiga gambar sebagai pemenang.

Pemenang telah dipilih berdasarkan kualiti subjek yang dipaparkan di dalam gambar mereka berserta deskripsi masing-masing.


Laporan Muhammad Qawiem Abdul Baqi