fbpx

Lagi Bantuan Pelajar Mangsa Banjir

Lagi Bantuan Pelajar Mangsa Banjir

Lagi Bantuan Pelajar Mangsa Banjir

HULU LANGAT, 10 Feb 2022 –  HALUAN dan Yayasan Hasanah telah menyampaikan sumbangan kepada 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi di Batu 19 di sini yang terkesan kerana banjir besar dua bulan lepas.

Sumbangan itu telah disampaikan kepada pelajar-pelajar tersebut oleh Timbalan Yang di-Pertua HALUAN Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Roseli Dol dengan disaksikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Puan Rohaya Usoff.

Puan Rohaya mengalu-alukan sumbangan yang disampaikan oleh kedua pihak tersebut, sebagai tanda keprihatinan masyarakat terhadap mangsa-mangsa bencana banjir besar yang melanda kawasan tersebut pada penghujung Disember yang lalu, khususnya pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Lubok Kelubi.

Dato’ Mohamed Roseli pula menjelaskan mengenai usaha HALUAN untuk menyempurnakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh para penyumbang serta dermawan korporat dan individu, agar dapat diedarkan dan disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

Salah seorang penerima sumbangan berkenaan, Khairun Nadiah Jamzuri, 11 tahun, berikrar untuk menggunakan wang sumbangan itu bagi membantu keluarganya dan membeli peralatan persekolahan.

Rombongan daripada HALUAN seterusnya dibawa melawat sebahagian kawasan sekolah tersebut bagi meninjau peluang-peluang berbentuk pendidikan dan kebajikan yang boleh diusahakan sebagai kerjasama jangka masa panjang antara kedua-dua pihak.


Laporan Mohd Hafiizh Ghazali