fbpx

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Gaza

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Gaza

HALUAN Salur Bantuan Musim Sejuk Gaza

GAZA, 9 Februari 2022 – HALUAN dengan kerjasama rakan NGO Assarraa’ di Gaza telah menyampaikan bantuan kepada lebih 30 orang mangsa perang di semenanjung berkenaan baru-baru ini.

Sumbangan tersebut, yang merupakan sumbangan awam rakyat Malaysia sempena kempen Bantuan Musim Sejuk Gaza telah disampaikan kepada penerima-penerima yang terdiri daripada warga Palestin yang menjadi mangsa akibat serangan rejim haram zionis pada hujung Ramadan yang lalu.

Gaza dan kawasan sekitarnya kini mengalami penurunan suhu mendadak yang jarang-jarang dialami oleh mereka. Mengikut testimoni warga tempatan, musim sejuk tahun ini adalah yang paling sejuk yang pernah mereka alami sejak 2018.

Bersesuaian dengan perubahan cuaca yang dialami penduduk Gaza, pihak HALUAN telah menyampaikan sumbangan berbentuk selimut tebal dan alas tidur bagi membantu mereka menghadapi cuaca sejuk. Rata-rata penerima mengucapkan kesyukuran dan terima kasih yang tidak terhingga kepada HALUAN Palestin, NGO Assarraa’ dan khususnya para penderma di Malaysia yang memungkinkan sampainya bantuan ini kepada mereka.

Salah seorang penerima dipetik sebagai berkata, “Kami sangat berterima kasih kepada pihak HALUAN dan para dermawan atas sumbangan yang diberikan secara konsisten, semoga Allah memberikan kebaikan yang tak berpenghujung sebagai balasan atas usaha yang ditunjukkan.”

HALUAN meneruskan misi bantuan kepada warga Palestin di Semenanjung Gaza, Lubnan dan Syria dengan kerjasama rakan NGO di lapangan, iaitu pertubuhan Assarraa’, lebih-lebih lagi dengan musibah banjir yang turut menimpa kawasan Semenanjung Gaza pada awal Januari baru-baru ini.

Anda juga boleh menumpang carian pahala dengan menyumbang seberapa ikhlas kepada tabung kutipan bantuan ini. Sila hulurkan derma anda kepada:

Bantuan Musim Sejuk | Pakaian, Selimut, Tilam, Khemah

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Laporan Muzzammil Shamsudin, Biro HALUAN Palestin.