fbpx

Kolokium Pascasiswazah – Peluang Timba Ilmu Bersama Ahli Akademik Berpengalaman

Kolokium Pascasiswazah – Peluang Timba Ilmu Bersama Ahli Akademik Berpengalaman

Kolokium Pascasiswazah – Peluang Timba Ilmu Bersama Ahli Akademik Berpengalaman

BANDAR BARU BANGI, 1 FEB – Selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan taraf pendidikan serta penyelidikan di Malaysia, Biro Pengajian Tinggi HALUAN sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan Kolokium Pascasiswazah khusus untuk para pelajar pascasiswazah dan juga pelajar ijazah sarjana muda tahun akhir yang merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kolokium Pascasiswazah ini dijadualkan akan berlangsung pada 8 Februari 2014 di Dewan Anjung Ilmu, Jalan Kebun, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor.

Antara objektif program ini adalah memberikan pendedahan kepada para peserta tentang kaedah dan maklumat-maklumat yang penting bagi metodologi penulisan ilmiah yang menjadi asas penting kepada penulisan tesis bagi pelajar pascasiswazah. Di samping itu, membina kesedaran kepada para peserta terhadap kepentingan penyelidikan dalam pengajian mereka kelak.

Lebih menarik lagi, kolokium ini akan menampilkan beberapa tokoh akademik yang sangat berpengalaman dalam dunia akademik dan penyelidikan di menara gading terutamanya dalam berkongsi pengalaman mereka terutama dalam aspek pengurusan masa serta teknik-teknik penting dalam mencapai pencapaian akademik yang cemerlang.

Antara ahli akademik yang akan bersama di dalam kolokium pada kali ini ialah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin, Timbalan Presiden HALUAN, Prof Dr Rosni Abdullah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ismail Ahmad, Ketua Biro Pengajian Tinggi, Dr. Mohamad Akram Dahlan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Zulaiha Ali Othman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PM Dr Khairiyyah.

Peluang keemasan dibuka kepada semua peserta sasaran kolokium dengan kadar yuran yang sangat istimewa iaitu RM 15 sahaja. Bagi mereka-mereka yang berminat boleh mendaftar secara online melalui http://bit.ly/1fj135s . Pendaftaran ditutup pada 7 Februari 2014.