fbpx

Kita Kehilangan Peribadi-Peribadi Muslim – SU Agung HALUAN

Kita Kehilangan Peribadi-Peribadi Muslim – SU Agung HALUAN

Kita Kehilangan Peribadi-Peribadi Muslim – SU Agung HALUAN

21 April 2006, Melaka – Matlamat hidup yang tidak jelas, lupa dan lalai terhadap Allah swt, tidak mengambil Rasulullah saw. sebagai contoh, Al Quran tidak berperanan di dalam hati manusia, masyarakat tidak menguasai ilmu pengetahuan, kecintaan kepada dunia dan kebendaan dan dorongan “spiritual” (kerohanian) yang lemah antara faktor kelemahan dan kesugulan umat Islam masakini.

Akibatnya kita kehilangan peribadi-peribadi muslim, remaja dan belia tercari-cari identiti diri dan akhirnya mereka memilih contoh yang merosakkan diri mereka.

Begitulah huraian yang telah di buat oleh Dr. Hj. Azizan Ahmad, Setiausaha Agung HALUAN ketika ditanya oleh pengerusi panel dalam Forum Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM).

Program tersebut telah berlangsung di Dewan Besar IPPM pada 21 April 2006 dan dihadiri oleh hampir 700 peserta terdiri dari kalangan pensyarah, kakitangan dan pelatih IPPM. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah IPPM, Pn. Soriah Abdullah.

Forum yang bertajuk “Keunggulan Ilmu Teras Kecemerlangan Ummah” menampilkan tiga ahli panel yang terdiri daripada Dr. Hj. Azizan Ahmad, Setiausaha Agung HALUAN Malaysia, Uztaz Zamri B. Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, JAPIM dan Uztaz Samsuljali B. Awang dari SMK Methodist, Melaka. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Mat Nawi B. Jusoh, pensyarah IPPM.

Dr. Hj. Azizan Ahmad juga turut mengingatkan para pelatih yang bakal menjadi guru agar sentiasa menjawab tiga persoalan asas untuk berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini iaitu dari mana kita di datangkan, untuk apa kita di datangkan dan ke mana kita selepas ini. Tiga persoalan inilah yang menjadi agenda besar dalam perjuangan Rasulullah saw. membangunkan generasi awal Islam.