fbpx

Bencana Acheh

Bencana Acheh

Bencana Acheh

Alhamdulillah, beberapa orang dari kami yang singgah sekejap untuk turut sama belajar mendidik & berbakti kepada masyarakat tersayang, selamat pulang dari Pekan.

Berat hati nak tinggalkan Pekan. Dalam perjalanan pulang, hati masih tak nak balik rumah! InsyaAllah, panjang umur, diberi rahmatNya, kami nak pergi semula, sebelum ketinggalan.

Banyak pengalaman yang perlu dikongsikan dengan saudara/i yang budiman. Walaupun kami singgah hanya sehari dua, pengalamannya tak mungkin ternilai dengan masa 30 tahun. Kenapa? Khabarnya banjir di sini adalah yang kedua terburuk sejak zaman 70-an dulu. Jadi, tak selalu ada peluang. Peluang untuk tengok gerhana matahari lebih banyak daripada peluang tengok banjir macam ini. Kali ini berbeza dengan banjir di Johor dulu. Sangat berbeza. Masyarakat di sini terputus hubungan, bandar jadi satu pulau besar, ada yang keputusan elektrik, air, makanan… minyak tak ada, barang makanan tak ada. Nak ke sana-sini (i.e. kawasan banjir) mesti naik bot, tak boleh naik kenderaan darat.

Nak kongsi sedikit pengalaman rakan kita di satu kampung yang belum dikunjungi oleh bantuan sesiapa – justeru Team HALUAN yang pertama sampai. AlhamduliLlah, relawan HALUAN berjaya duduk di depan. Tapi bukanlah saya nak bermegah. Tidak. Cuma rasa “gah” juga bila tengok HALUAN boleh jadi antara puak pertama yang berkunjung mereka yang ditimpa musibah ini. Bukankah Allah menyuruh kita berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan?

Kampung malang yang bernama Kg Acheh ini secara umumnya tenggelam – seluruh rumah bagi yang setingkat, habis tingkat pertama bagi rumah yang banyak tingkat. Ada 3 penempatan; masjid, sekolah dan kuarters guru. Mukabumi di Kg Acheh agak melandai. Jadi kawasan yang rendah memang terhapus, tenggelam. Elektrik tak ada. Air bersih tak ada. Makanan? Katanya tak cukup. Sudah seminggu lebih. Lembu-lembu pun habis kurus-kering. Ada yang terkial-kial terperangkap.

Rawatan perubatan oleh Dr Siti M, dibantu oleh suaminya, seorang Sahabat dan seorang pemuda kental dari keARAH. 4 orang saja, sebab tak muat bot. Nak pergi ke tempat rawatan, di sekolah, kena melalui titi. Macam-macam “sakit banjir” ada. Alhamdulillah, selesai kat situ. Kemudian, bergerak ke kuarters guru. Di kuarters ini, kena masuk ikut tingkap di tingkat satu. Takleh masuk ikut pintu. Tingkat bawah tenggelam. Dari tingkat satu, kena naik sampai tingkat 3, baru boleh beri rawatan. Ada 7 keluarga kat situ, majoriti warga emas.

Siap kat kuarters, bergerak ke rumah-rumah. Ada seorang nenek, tak larat, tak boleh bergerak, umur dah 80 tahun lebih. Terpaksa rawat dalam perahu je. Macam macam sakit. Ada yang kena patuk ular.

Tapi yang istimewanya di Kg Acheh ini, mereka boleh makan lauk terbaik – ayam, ikan, sayur-sayur. Di tempat lain, pagi sardin kosong, tengahari sardin, malam sardin. Dah seminggu lebih dengan sardin. Namun, mereka tak komplen, sikit-sikit je! Kami pun memang dah jadi kenal sangat dengan ikan sardin. Agaknya orang-orang Kg Acheh ni sembelih habis ayam-ayam mereka, sebab tak ada sardin!

Masa tak panjang, kami nak kena berkejar balik ke KL. Kalau tertinggal trak atau bot, memang takleh balik. Kereta tak lepas, berenang tak kesampaian. Arusnya laju. Sepanjang perjalanan kami ke Pekan, ada kisah 2 orang mati, kes berasingan, dihanyutkan arus ketika menolak motosikal melintas anak air di atas jalan. Helikopter? Teringin jugak, tapi mereka guna untuk hantar makanan je (agaknya.)

Masa nak bertolak, ada seorang mangsa banjir – patah kaki. Jadi kami kena tumpangkan dia bersama bot bomba yang sempit. Emergency. Sampai jeti, ambulan bomba tunggu – rush ke Hospital Pekan.

Masa cukup pendik, tapi kami belajar cukup banyak. Cukup banyak. InsyaAllah kalau diizin, boleh dikongsi pengalaman lain yang mustahak dan menarik. Tapi lagi best kalau rasa sendiri, kan? Dengar-dengar cerita tak best. Apa lagi baca cerita; lagi tak best. Kalau nak rasa, kena pergilah! Jangan tunggu sampai banjir surut baru nak pergi.

Hubungilah koordinator anda sekarang!