fbpx

MKP1 Tiba di Abbotabad

MKP1 Tiba di Abbotabad

MKP1 Tiba di Abbotabad

Jumaat 21 Okt 2005: Kumpulan pertama Misi Kemanusiaan Pakistan (MKP1) telah berlepas dari Islamabad pada pukul 08:00 waktu tempatan, menuju ke kawasan utara Pakistan.


MPK mengikuti konvoi Angkatan Tentera Malaysia yang menggunakan 2 buah trak tentera, 4 buah lori dan sebuah ambulan. Mereka tiba di Abbotabad pada pukul 18:35 waktu tempatan. Konvoi tersebut telah singgah di sebuah kem tentera Pakistan untuk berbuka puasa. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke kawasan penempatan untuk membina khemah.

Sementara itu, Ketua Bantuan Kecemasan PBB, Jan Egeland, mengatakan bahawa bantuan kepada mangsa-mangsa gempabumi masih tidak mengcukupi. Pasukan-pasukan bantuan menghadapi masalah logistik yang serius, di mana bantuan tidak dapat dibawa ke kawasan penempatan akibat kekurangan kemudahan pengangkutan udara. Memandangkan salji telah mula turun, angka kematian akan berganda sekiranya bantuan tidak sampai dengan segera.
 
Jan Egeland juga menjelaskan bahawa 92 buah negara telah memberi bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami Disember 2004. Hanya 15 ke 20 buah negara menghulurkan bantuan kepada mangsa gempabumi di Pakistan, sedangkan bencana ini melibatkan lebih ramai mangsa, iaitu sekitar 3 juta orang.

HALUAN terus meningkatkan usaha mengajak orang ramai untuk menghulur bantuan. Setiap bentuk bantuan, samada banyak atau sedikit, akan memberi peluang untuk mangsa-mangsa memulihkan kehidupan mereka. Malah, masih ramai mangsa yang bertarung dengan cuaca sejuk, tidur di kawasan lapang tanpa tempat berteduh, menunggu… dan menunggu bantuan mereka yang bernasib baik seperti kita. Ingatlah mereka ketika anda menikmati juadah berbuka. Ingatlah mereka ketika anda berbelanja untuk menyambut hari raya. Sedikit yang kita beri, amat besar bagi mereka. Ayuh! bantulah mereka. Ingatlah firman Allah:
” Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari, secara bersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kekhuatiran kepada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati” [Al Baqarah: 274]
 
Mereka yang ingin turut menyumbang kepada Misi Kemanusiaan Pakistan ini boleh berbuat demikian di
Nama Akaun: Tabung Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 14023010025718
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Untuk maklumat lanjut, hubungi HALUAN melalui talian 019 230 4465 atau 013 206 5499.