fbpx

KENYATAAN MEDIA: Pelancaran Penubuhan Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) “Care for Egypt”

KENYATAAN MEDIA: Pelancaran Penubuhan Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI)  “Care for Egypt”

KENYATAAN MEDIA: Pelancaran Penubuhan Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) “Care for Egypt”

Untuk Siaran Segera,
20 Ogos 2013

BANDAR BARU BANGI, 20 Ogos 2013 — HUMANITI adalah singkatan kepada Gabungan NGO Humaniti Malaysia terdiri daripada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH), Persatuan Pemborong Dan Peruncit Islam Malaysia (MAWAR), Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia, Life Line For Gaza Malaysia (LL4G), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT), Yayasan Ihtimam Malaysia dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

HUMANITI ditubuhkan pada 18 Ogos 2013 dengan tujuan menggabungkan NGO-NGO Malaysia dan bekerjasama dengan NGO-NGO serantau dan antarabangsa untuk menyuarakan serta membantu mangsa-mangsa krisis kemanusiaan merentasi batasan agama, bangsa dan negara.

HUMANITI – Care for Egypt adalah untuk memberi maklum balas terhadap keadaan terkini Mesir sesuai dengan rasa kemanusiaan sejagat sehingga dikembalikan hak demokratik rakyat Mesir.

HUMANITI mengambil sikap sebagai berikut:

HUMANITI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Mesir dalam serangan besar-besaran rejim tentera Mesir dan sekutunya yang jelas telah melanggar Hak Asasi Manusia.

HUMANITI melihat perkara ini sebagai satu bentuk jenayah yang kejam, zalim dan di luar perikemanusiaan. HUMANITI mendesak rejim tentera Mesir dan sekutunya untuk menghentikan tindakan kekerasan dalam menghadapi rakyat yang berhimpun dan menyuara inspirasi secara aman.

HUMANITI menyokong tuntutan rakyat Mesir dan masyarakat sivil antarabangsa supaya dikembalikan kedudukan presiden yang telah dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi.

HUMANITI mendesak kerajaan Malaysia untuk berpendirian tegas mendokong prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat supaya tidak mengiktiraf rejim tentera Mesir dan sekutunya yang telah merampas kuasa sebuah kerajaan yang terpilih melalui pilihanraya secara sah.

HUMANITI juga ingin mendesak negara-negara dunia khususnya negara-negara Arab dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa bertindak ke atas rejim tentera Mesir dan sekutunya dengan jenayah kemanusiaan yang dilakukannya di Mesir.
HUMANITI sebagai sebuah gabungan NGO dengan ini menyeru seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar bersatu untuk mengembalikan keamanan kepada Mesir supaya kezaliman dapat dibanteras.

HUMANITI akan menjalankan aktiviti-aktiviti kemanusiaan untuk membantu mangsa kezaliman rejim tentera Mesir dan sekutunya dengan menyumbang bantuan kepada anak yatim, wanita dan mereka yang memerlukan dalam aspek perubatan, pendidikan dan kebajikan.

HUMANITI menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira batasan agama dan bangsa untuk menyumbang dana melalui NGO-NGO yang menganggotai HUMANITI.

NGO-NGO HUMANITI

  1. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
  2. Persatuan Ulama Malaysia (PUM)
  3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  4. Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
  5. Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH)
  6. Persatuan Pemborong Dan Peruncit Islam Malaysia (MAWAR)
  7. Yayasan Amal Malaysia
  8. Muslim Care Malaysia
  9. Life Line For Gaza Malaysia (LL4G)
  10. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT)
  11. Yayasan Ihtimam Malaysia
  12. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz
Pengerusi
Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI)

Hubungi:
Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, +6019-2716364
Mohd Ghani Salleh, +6019-9326626