fbpx

Bantuan Sembako Ramadhan 1434 di Syria dan Sempadan Lubnan

Bantuan Sembako Ramadhan 1434 di Syria dan Sempadan Lubnan

Bantuan Sembako Ramadhan 1434 di Syria dan Sempadan Lubnan

syria-00BANDAR BARU BANGI, 20 Ogos 2013 — Kepayahan, keletihan dan risiko tinggi ketika menyalurkan bantuan kemanusian kepada mangsa kezaliman rejim Bashar Asad jelas terubat apabila melihat senyuman di wajah mereka yang sedang dilanda musibah itu. Kita tidak akan berhenti di sini, bahkan terus bersama membantu mereka sehinggalah kejahatan dan kebatilan dihancurkan.

Demikian luahan perasaan puluhan relawan “Operasi Sembako Ramadhan 1434H Untuk Syria” sepanjang Ramadhan lalu di Idlib, Homs, Hama, Damaskus dan sempadan Lubnan. Mereka mewakili rakyat Malaysia dan Indonesia bagi mengagih bantuan sembako, “sembilan bahan pokok” yang mengadungi keperluan makanan asas, yang diamanahkan melalui gandingan NGO HALUAN Malaysia, Sahabat Al-Aqsha, Sahabat Suriah, Radio Rodja dan Al-Sarraa Foundation.

Relawan Radio Rodja, Ustaz Abu Saad yang turut bersama menyantuni saudara-saudara di Syria itu menyebut, “susah, letih, berat dan risiko tinggi terasa hilang apabila melihat senyuman yang terukir di wajah saudara-saudara kita yang berada di garis depan ujian besar ini….” Kita tidak pernah sekali-kali melupakan mereka. Dengan segala kekurangan dan keterbatasan ini, kami tetap cuba lakukan secara yang terbaik, semoga memadai untuk mengundang rahmat dan pertolongan Allah yang lebih besar lagi.

Secara umumnya operasi menyalur bantuan ini dilaksanakan secara sembunyi bagi menjaga keselamatan para relawan dan juga mereka yang menerima bantuan.

HALUAN Malaysia mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang menginfak harta mereka bagi menjayakan operasi ini. Semoga setiap sumbangan dan doa anda akan mendapat ganjaran terbaik dari Allah SWT dan dipermudahkan jalan menuju rahmat dan SyurgaNya.

Sumbangan ikhlas berterusan boleh disalurkan melalui “Tabung Kebajikan & Kemanusiaan HALUAN”, di Maybank 5622 6350 2611.