fbpx

Kempen Korban 1436H Bermula

Kempen Korban 1436H Bermula

Kempen Korban 1436H Bermula

BANDAR BARU BANGI, 9 Ogos 2015 – Menjelang bulan Zulkaedah HALUAN sekali lagi melancarkan Program Ibadah Korban 1436H di Ibu Pejabat HALUAN di sini.

Pelancaran tersebut berlangsung pada 2 Ogos lepas bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfiri HALUAN di sini. Ia menandakan permulaan program korban secara rasmi, dengan objektif utamanya adalah menyalurkan bantuan kemasyarakatan dalam bentuk daging korban kepada masyarakat Islam yang lebih memerlukan di negara-negara lain.

“Kumpulan sasaran kami adalah saudara seIslam di negara-negara miskin, negara yang bergolak, dan negara yang dilanda bencana. Dan kami menyasarkan penyertaan daripada masyarakat Malaysia seramai tiga ribu orang peserta,” berkata Encik Mohd Azhar Md Idris, Ketua Biro Kebajikan HALUAN.

Majlis sambutan aidilfitri tersebut disempurnakan oleh ADUN Bandar Baru Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah. Manakala Pelancaran Program Ibadah Korban 1436H itu berlangsung sekitar 10 pagi selepas ucapan pembukaan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

Menurut Encik Mohd Azhar, “tahun ini merupakan tahun ke 14 HALUAN melaksanakan program Ibadah Korban dengan penglibatan masyarakat prihatin Malaysia. Dan kita berharap kita dapat memberi bantuan yang lebih banyak lagi kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik di negara-negara lain. Tahun ini juga kita telah menambah sebuah lagi negara sasaran iaitu Kenya di mana kita dapati ramai juga Muslimin sana yang hidup di dalam keadaan daif dan serba kekurangan.”

HALUAN menjemput orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam korban ini agar dapat melayari laman web khusus di http://korban.haluan.org.my. Semua maklumat lengkap yang diperlukan terkandung di dalamnya.

Empat pakej berasingan ditawarkan yang meliputi zon-zon Asia, Syria dan Jordan, Palestin dan Afrika. Harga adalah serendah RM320 sehingga RM1,700. Pendaftaran serta bayaran penyertaan adalah melalui online sepenuhnya.

Laporan Muhammad ‘Izzat Mohd Ghani, Setiausaha Kerja Biro Kebajikan