fbpx

Sertai Pertandingan Poster Halaqah Keluarga 2015

Sertai Pertandingan Poster Halaqah Keluarga 2015

Sertai Pertandingan Poster Halaqah Keluarga 2015

BANDAR BARU BANGI, 14 Julai 2015 – Biro Pembangunan Keluarga & Remaja HALUAN Malaysia menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Halaqah Keluarga 2015 bermula hari ini untuk membina kesedaran dan kefahaman pentingnya mendepani realiti hidup berkeluarga yang semakin mencabar.

Langkah paling utama ialah melaksanakan halaqah keluarga secara konsisten. Pertandingan yang menawarkan hadiah yang menarik ini bermula hari ini sehingga 24 Ogos 2015 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia bermula daripada kanak-kanak sehinggalah yang dewasa.

Urusetia pertandingan menjemput semua yang berminat untuk menyertai pertandingan ini dengan merujuk kepada poster pertandingan serta syarat-syarat penyertaan di bawah. Selamat berkarya diucapkan! Layari kearah.haluan.org.my untuk maklumat lanjut.