fbpx

KEMAIH 2 Sasar Mahasiswa Luar Negara

KEMAIH 2 Sasar Mahasiswa Luar Negara

KEMAIH 2 Sasar Mahasiswa Luar Negara

TAPAH, PERAK, 23 Ogos 2014 – Kem Musafir Kasih 2 (KEMAIH 2) 2014 yang akan berlangsung di Agro Recreation Centre, Tapah Perak pada 24-26 Ogos 2014 ini menjangkakan kehadirannya sekitar 70 orang peserta.

Kem ini dianjurkan oleh Sekretariat HALUAN Luar Negara yang memfokuskan kepada mahasiswa-mahasiswi luar negara yang pulang bercuti ke Malaysia, mahasiswa yang bakal pergi ke luar negara dan Alumni luar negara.

Konsep kem ini adalah Rekreasi dan Ukhuwah dengan membawa tema “Alami keindahan dan Rasai Persaudaraan”. Pelbagai aktiviti menarik yang bercirikan “outdoor” telah dirancang bersesuaian dengan tema dan objektif yang telah ditetapkan.

Kem Musafir Kasih yang merupakan kali kedua diadakan ini akan memberi fokus kepada beberapa objektif. Pertama, untuk membina jaringan perhubungan antara perantau luar negara dengan bakal perantau. Yang kedua, untuk mendedahkan tentang peranan mahasiswa luar negara dalam pembinaan komuniti di tempat belajar masing-masing dan yang ketiga adalah untuk mendedahkan tentang peranan mahasiswa luar negara dalam menyumbang kepada pembinaan masyarakat Malaysia setelah tamat pengajian.

Rehlah ini merupakan wasilah bagi para mahasiswa untuk mengeratkan ukhwah, berkongsi pengalaman serta memahami peranan mahasiswa Muslim dalam memberi khidmat dan manfaat kepada masyarakat. Antara tarikan program ini adalah kehadiran beberapa tokoh di dalam HALUAN seperti Sir Rosdi Baharom, Prof Madya Dr. Engr Solehuddin Shuib, Dr. Zurina Muda dan Encik Hilal Asyraf yang akan memberikan perkongsian mereka.

HALUAN mengalukan pendaftaran secara online di:https://docs.google.com/forms/d/1O5OcmmUmGW3SBp6ml_AIPG1RFDlBoSDSXG1DJO3FIzI/viewform. Tempat adalah terhad.

Laporan Urusetia Program KEMAIH