fbpx

Jom Sertai Karnival Sukan Nasional HALUAN 2014

Jom Sertai Karnival Sukan Nasional HALUAN 2014

Jom Sertai Karnival Sukan Nasional HALUAN 2014

BANDAR BARU BANGI, 20 Ogos 2014 – Karnival Sukan Nasional HALUAN (SUKHAL) 2014 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan German Malaysia Institute (GMI), Bangi pada 30 Ogos 2014 ini menjangkakan kehadirannya sekitar 800 orang peserta.

HALUAN membuka peluang penyertaan kepada ahli dan relawan HALUAN berumur 18 tahun ke atas termasuk lelaki dan perempuan. Sebanyak tujuh acara akan dipertandingkan termasuklah acara bola sepak, futsal, badminton, bola tampar, sukaneka, ping pong dan bola jaring.

Konsep pertandingan adalah secara berpasukan mengikut zon. Manakala pertandingan dijalankan secara terbuka, liga dan kalah mati.

Karnival sukan yang bertemakan “Mukmin Sihat, Cergas Sepanjang Hayat” akan memberi fokus pada tiga objektif utama. Yang pertama, memastikan peserta sentiasa sihat dari segi fizikal, mental dan ruh. Yang kedua, memupuk semangat bekerjasama di kalangan peserta dalam suasana tidak formal dan yang ketiga untuk mengukur tahap kecergasan dan prestasi fizikal ahli dan relawan HALUAN.

“Karnival Sukan Nasional HALUAN ini diharap menjadi platform kepada semua ahli dan relawan HALUAN di seluruh negara untuk bertanding secara sihat dan muhibah dalam beberapa acara sukan secara berpasukan di samping dapat menzahirkan kemahiran dan kecemerlangan dalam acara sukan yang diminati,” jelas Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi, Encik Abd Hafidz Hamzah.

“Karnival ini juga menjadi petunjuk bahawa HALUAN komited dalam melaksanakan tuntutan tarbiyah islamiyah secara seimbang di dalam memenuhi tiga fakulti insan iaitu aspek rohani, akli dan jasmani,” tegas Encik Abd Hafidz.

Mereka yang berminat boleh menghubungi wakil negeri untuk pendaftaran. Sila layari http://sukan.haluan.org.my untuk maklumat lanjut. Tempat adalah terhad.

Laporan oleh MediaHALUAN