fbpx

Jururawat KKH Bengkelkan Misi Bencana

Jururawat KKH Bengkelkan Misi Bencana

Jururawat KKH Bengkelkan Misi Bencana

skh-01SHAH ALAM, 25 Ogos 2014 – Bencana alam sering berlaku tanpa amaran dan para relawan termasuk jururawat harus bersedia menghadapi tugasan perubatan di medan bencana yang mencabar ini. Untuk itu, unit Sains Kesihatan HALUAN (SKH) di bawah Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) telah menganjurkan bengkel siri keduanya untuk mengumpul dan melatih semua jururawat Wilayah Tengah di bawahnya.

Bengkel kali ini dilaksanakan di ibupejabat Biro HALUAN Palestin dengan penyertaan seramai 20 peserta dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Peserta didedahkan kepada tajuk Pengenalan Kepada Kesukarelawanan Bencana sebagai pembuka tirai diikuti bengkel untuk menyusun operasi prosidur am (SOP) untuk para jururawat. Bengkel yang dikendalikan oleh Ketua Unit SKH Wilayah Tengah, Muhammad Afiq Jamarudin tersebut telah melantik ketua-ketua sukarelawan jururawat di beberapa pusat kerja setempat mereka seperti di hospital, pusat kesihatan dan universiti untuk memudahkan kerahan tenaga semasa bencana berlaku.

“Kami juga telah bersetuju merangka aliran kerja untuk jururawat semasa bencana dan semasa khidmat masyarakat, berserta dengan penyediaan kertaskerja projek serta format laporan bagi setiap projek yang selesai dilaksanakan. Proses dokumentasi ini amat penting untuk para jururawat yang akan turun ke medan semasa bencana mahupun ketika berkhidmat semasa aman agar mereka tahu langkah-langkah yang betul sebagai paramedik yang akan membantu para doktor dan perawat lain yang akan merawat mangsa dan orang awam,” tegas Muhammad Afiq.

Katanya lagi, suatu mesyuarat susulan akan diadakan pada pertengahan bulan September ini untuk muktamadkan SOP unit jururawat SKH ini. SOP tersebut akan diperhalusi untuk tujuan pemantapan dan keseragaman dengan prosidur am KKH semasa beroperasi.

“Ada input-input tertentu yang hanya jururawat boleh masukkan berdasarkan profesion mereka dan pengalaman mereka di lapangan. Ini yang kita mahukan, agar para jururawat sama aktif memainkan peranan persiapan pra-misi dan semasa misi untuk memastikan kelancaran sesuatu projek yang dilaksanakan HALUAN agar tidak berlaku ketirisan semasa pasukan perubatan beroperasi bersama,” jelas Puan Salsah Bariman, ketua bahagian kejururawatan SKH.