fbpx

Kanak-kanak Jayakan Kempen Sejuta Barakah Ramadan

Kanak-kanak Jayakan Kempen Sejuta Barakah Ramadan

Kanak-kanak Jayakan Kempen Sejuta Barakah Ramadan

SEBERANG PERAI, 12 Mei 2020 – Pelaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembatalan solat tarawih dan solat Jumaat telah menjejaskan aktiviti tahunan Program Ramadan Bersama Hufaz Palestin/Syria anjuran HALUAN saban tahun yang mendapat sambutan hangat masyarakat Islam seluruh negara.

Kebiasaannya bersempena dengan program ini, tabung Kutipan HALUAN Palestin dan Tabung Kemanusiaan Syria digerakkan di masjid-masjid, surau, pasar malam serta pejabat dan kilang. Kutipan derma untuk tujuan ini pada kebiasaannya meraih sekitar RM100,000.00.

Namun kerana pembatalan program sedemikian demi membanteras pandemik COVID-19, HALUAN telah menggantikannya dengan kempen Sejuta Barakah Ramadan. Ia adalah program kutipan secara dalam talian untuk mengisi Tabung HALUAN Palestin dan Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN. Hasil kutipan ini akan diagihkan kepada insan-insan yang terdesak dan memerlukan bantuan dalam dan luar negara.

Bagi adik Hafiz, Deena dan Hawa, tiga orang anak kepada aktivis HALUAN, setiap tahun mereka akan membuka tabung masing-masing dan menyerahkan hasil simpanan untuk di infak kepada dua tabung berkenaan. Untuk tahun ini, kerana PKP, hasil tabungan mereka telah diinfakkan secara atas talian ke tabung Sejuta Barakah Ramadan. Sebanyak RM750.00 telah disumbangkan.

Menurut NYDP 3 HALUAN Cawangan Pulau Pinang, Encik Saiful Azmi Omar, usaha murni sebegini perlu dicontohi oleh semua ahli HALUAN khasnya dan masyarakat umum amnya untuk mendidik anak-anak supaya prihatin dengan kesusahan dan kesengsaraan saudara-saudara kita di seluruh dunia.

Anda dan famili juga digalakkan menderma sedapat mungkin. Untuk menyumbang, anda boleh melalui pautan:-


Laporan Abdul Halim Khudri, HALUAN Pulau Pinang