“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan.”
(HR Al-Tirmidzi dari Anas)
LIMA bantuan utama kami tawarkan pada bulan Ramadan kali ini;
Agihan juadah berbuka puasa dan sahur kepada keluarga dan individu yang berpuasa dalam keadaan tidak terjamin urusan makanan.
Agihan pek makanan mentah kepada keluarga miskin/B40, orang asli, mualaf dan pelarian.
Bantuan kepada mereka yang terkesan oleh pandemik COVID-19, kemiskinan, krisis kemanusiaan serta masalah ekonomi.
Dana pendidikan generasi masa depan, dengan harapan mereka akan mampu berdikari, bantu bebaskan keluarga dan komuniti daripada kemelut kemiskinan yang berterusan.
Sedekah jariah atau wakaf bagi pembinaan madrasah, pelaburan bagi kelestarian dan aktiviti bantuan Baitul Maqdis dan masjid kemah di kem-kem pelarian.
Walau sekecil mana sumbangan anda, ianya amat bermakna buat mereka.
Should you wish to donate via direct bank transfer, ATM, CDM, Cheque or Bank Counter instead. It takes seconds to help.