fbpx

KAHFI Perteguh Tarbiah Kendiri

KAHFI Perteguh Tarbiah Kendiri

KAHFI Perteguh Tarbiah Kendiri

JOHOR BAHRU, 6 Jun – Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) 2012 zon selatan yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN Johor (KeARAH) dengan kerjasama PALAPES telah dilaksanakan dengan jayanya di Pusat Latihan PALAPES, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

KAHFI 2012 zon selatan ini diisi dengan penyampaian berkaitan tarbiah kendiri teori dan amali ikhtiar hidup serta mengenal pasti punca dan penyelesaian masalah remaja masa kini dalam rangka memperteguh aspek pemantapan kendiri dalam diri remaja yang disertai seramai 21 orang peserta lelaki dan 32 orang peserta perempuan berumur 12 hingga 15 tahun.

“Anak-anak dari kampung saya seramai enam orang menghadiri KAHFI 2012 ini setelah mereka menyertai Kem Motivasi Remaja KHIDMAH 2010 dan Kem Minda Kreatif 2011, kerana ia memberikan mereka kesinambungan dalam meningkatkan pelbagai aspek pembangunan insan, Kg. Sri Paya akan terus melibatkan para remaja dalam aktiviti-aktiviti anjuran HALUAN Johor.” Hasil temuramah daripada penjaga salah seorang peserta, Hj. Mohd. Lazim bin Abu Bakar, juga selaku Ketua Kampung, Kampung Seri Paya, Kulaijaya.

Majlis penutupan rasmi KAHFI 2012 zon selatan disempurnakan oleh Tn. Hj. Mahmad bin Kardi selaku Naib YDP HALUAN Johor.