fbpx

Jutaan Terima Kasih Buat Semua – HALUAN

Jutaan Terima Kasih Buat Semua – HALUAN

Jutaan Terima Kasih Buat Semua – HALUAN

Jutaan Terima Kasih Buat Semua Penyumbang – HALUAN

Tiada lafaz yang mampu diungkapkan buat kalian semua melainkan – Jutaan terima kasih tidak terhingga, moga Allah menerima sumbangan ini sebagai amalan soleh!

HALUAN sangat berbesar hati untuk menyatakan perasaan penuh sukacita dan gembira atas sumbangan semua pihak selama ini terutamanya kempen sepanjang Ramadan tahun ini.

Ternyata, rakyat Malaysia begitu pemurah dan dermawan. Sejak awal Ramadan lagi, pihak kami menerima sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada individu perseorangan, badan korporat, institusi masjid serta surau secara terus mahupun atas talian.

Berapa jumlah yang disumbangkan, bukanlah perkara yang kami fokuskan. Akan tetapi, sebanyak mana jua yang diberikan itu – amat berharga dan bererti untuk insan-insan yang kita santuni kelak.

Derma, sedekah dan sumbangan ini amat bermakna. Tentu sekali, dengan dana terkumpul ini segala projek-projek HALUAN yang telah direncanakan dapat digerakan dengan jayanya.

Berdasarkan rekod kami, sebahagian dana ini telah pun disalurkan kepada penerima sasaran mengikut pakej projek kemanusiaan semasa.

Manakala, baki yang ada akan disampaikan terus kepada golongan sasar oleh pihak yang telah diamanahkan baik untuk projek dalam negara mahupun luar negara.

Kebanyakan kutipan sumbangan projek-projek HALUAN masih berlangsung dan dibuka kepada awam sehingga dana mencapai targetnya.

Ikuti paparan dan berita terkini melalui saluran rasmi HALUAN dari semasa ke semasa. Jaminan kami, setiap amanah sumbangan ini akan dilunaskan dengan profesional, penuh integriti dan telus.

Kehadiran Ramadan ternyata memberikan impak yang banyak kepada kita untuk berlumba-lumba mengejar ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Alhamdulillah – sedekah, derma dan infaq sumbangan untuk pelbagai institusi, badan NGO dan golongan asnaf terus subur di bumi Malaysia tercinta ini.

Ajakan kami hanya satu. Marilah kita teruskan semangat memberi ini tanpa henti. Momentum sebegini perlu dikekalkan. Manfaatnya terus-menerus mengalir sebagai saham akhirat kita.

Sekali lagi, HALUAN merakam penghargaan atas segala bentuk bantuan dan sumbangan melalui tabung-tabung kemanusiaan, khidmat sosial dan kebajikan kami.

Terus memberi tanpa henti!