fbpx

iJDK Wajah Baharu Mesra Teknologi

iJDK Wajah Baharu Mesra Teknologi

iJDK Wajah Baharu Mesra Teknologi

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2017 — Bagi tahun ke sembilan berturut-turut, HALUAN menganjurkan Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (JDK) tapi dalam nafas yang baharu yang dijenamakan sebagai “iJDK”, sesuai dengan aliran remaja berteknologi terkini.

Pada kali ini perlaksanaan emode mewarnai iJDK dengan memaksimakan penggunaan teknologi internet, siber dan media sosial yang diseragamkan pula dengan istilah seperti intelektualisme, Islamik dan inovasi . Adalah dipercayai iJDK ini adalah kursus pertama seumpamanya untuk remaja Malaysia yang menggalakkan peserta membawa gajet seperti telefon pintar dan tablet bersama mereka untuk dimanfaatkan sepenuhnya semasa berkursus dengan rakan sebaya mereka.

Sebagaimana perumpamaan, jika seseorang diberikan pisau, ianya boleh menjadi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada yang mahir menggunakannya. Seorang chef atau surirumah akan tahu menggunakan pisau untuk persiapan juadah yang menyelerakan. Bagaimanapun, ianya akan sangat memudharatkan sekiranya pisau diberikan kepada anak kecil yang belum mengerti apatah lagi sekiranya ia jatuh ke tangan penjenayah atau banduan.

Senario yang sama akan berlaku apabila anak-anak remaja diberikan peralatan yang terkait dengan teknologi ini. Tidak disangsikan, teknologi sangat membantu dalam pembelajaran, produktiviti dan perhubungan pantas. Bagaimanapun, berdasarkan pembentangan bagi tajuk ‘Etika Siber’ yang disampaikan secara selari di empat zon iJDK, penceramah mengemukakan betapa dahsyatnya kesan buruk khususnya teknologi IT kepada remaja sekiranya mereka tidak dididik dan dibimbing dengan baik oleh orang dewasa yang bertanggungjawab. Sekiranya ancaman dunia siber ini tidak diambil serius oleh remaja dan ibubapa masakini, ianya akan melukai mereka dengan parah tanpa disedari.

Antara ancaman yang dibentangkan oleh penyedia modul, Prof. Madya Dr. Zulaiha Ali Othman adalah privasi, budaya selfies yang keterlaluan, penipuan online, sexting, porno, gaming, pidofilia, ketagihan, terjebak kumpulan jahat, lambakan maklumat yang tidak sahih, video scam, virus/spam, scam/phishing, buli siber dan cetak rompak. Disamping itu juga beliau mengulas bagaimana ketidakseimbangan dalam pengunaan siber memberi kesan sampingan yang berpanjangan dan mendalam pada peribadi pengguna siber seperti perasaan ‘menyahaja’, material menjadi sandaran, kurang minat kepada pekerjaan yang memerlukan kepada fokus yang tinggi serta kurang minat untuk bermasyarakat, sebaliknya lebih berminat kepada sesuatu yang mudah dan suka bermudah-mudah, tidak mahu bersusah-payah, suka kepada pengetahuan yang baharu lebih daripada mendalami ilmu sentuhan jiwa yang membina peribadi, dan sebagainya.

Disamping itu, beliau sangat menekankan aspek ancaman porno, di mana dopamin yang dirembeskan oleh neuron apabila melihat porno memberikan kesan buruk kepada otak manusia lebih teruk daripada kesan ketagihan dadah.

Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab ibubapa di barisan pertama untuk memahami isu ini dan memantau penggunaan peralatan di kalangan anak-anak mereka sendiri. Dr Zulaiha menyarankan kepada ibubapa agar memahami ancaman siber, meningkatkan kemahiran teknologi ICT lebih daripada anak mereka dan memantau penggunaan aplikasi siber anak mereka. Mereka juga harus sensitif dengan perubahan sikap anak-anak serta sering berbincang dengan anak sebagai seorang rakan yang sentiasa bersedia membantu.

Antara kemahiran aplikasi yang dimanfaatkan sepanjang iJDK adalah kahoot, soalselidik secara atas talian, al-mathurat, al-Quran dan terjemahannya, QR-Code, aplikasi suntingan photo dan video, google drive, dan aplikasi mengesan (tracking) lokasi, Whatapps, Facebook dan Instagram.

Dalam masa yang sama peserta iJDK terus diperingatkan untuk menjauhi serta mengelakkan diri dari terjerat ke dalam perangkap teknologi ini yang boleh menjerumuskan mereka kepada keruntuhan nilai peribadi yang merugikan di dunia dan akhirat. Sogokan bahan-bahan melalui internet dan gajet tangan amat mudah menarik minat atau perasaan ingin tahu remaja sehingga mereka kadang kala menjadi ketagih kepada pornografi, hiburan terlampau, aksi cabaran yang ekstrim, perjudian online, gerakan pemurtadan, atheisme dan keganasan, dan beberapa lagi tarikan songsang yang disogokkan oleh media maya.

Dengan moto “Diri, Alam, Masyarakat dan Teknologi”, peserta iJDK diasuh dan diminta menggunakan akal dan akhlak dalam melayani telefon pintar mereka, untuk berinteraksi dengan pengendali modul, merekodkan aktiviti dan melaporkan dapatan tugasan mereka menggunakan gabungan teknologi ini semasa berkursus. Perlaksanaan ini sememangnya mencabar tetapi pengurusan iJDK berusaha keras untuk membimbing peserta menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin untuk menggapai kejayaan dunia dan akhirat.

iJDK 2017 kali ini berlangsung daripada 6 hingga 12 Disember di Kota Kinabalu, Sabah, dan daripada 9 hingga 17 Disember di Zon Utara (Kuala Kangsar), Zon Tengah (Sepang), dan di Zon Timur (Besut). Seramai 490 lepasan SPM Muslimin dan Muslimat menyertai program tahunan kemuncak ini demi mempersiapkan setiap individu untuk menjejakkan kaki ke alam menara gading dengan persediaan dan kefahaman yang jitu, sesuai dengan motto HALUAN, Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.


Laporan Dr. Samsul Bahari Mohd Noor, Urusetia Induk iJDK 2017

Lawatan ke agensi-agensi kerajaan
dahhhh.. creative cloud pun ke?
Kembara alam
Khidmat masyarakat
Sukan & rekreasi
 Forum berkongsian
Aktiviti kecergasan
Modul gajet