fbpx

Iftar & Infaq HALUAN PJ Dengan Anak Yatim Miskin

Iftar & Infaq HALUAN PJ Dengan Anak Yatim Miskin

Iftar & Infaq HALUAN PJ Dengan Anak Yatim Miskin

SHAH ALAM, 30 Jun 2015 – Hampir keseluruhan ahli HALUAN PJ bersama ahli keluarga mereka telah meraikan 50 orang anak-anak yatim dan miskin serta staf sempena Ramadhan tahun ini di Kompleks HALUAN Penyayang (KHP)

Menurut Pengerusi HALUAN Unit PJ, Encik Azman Mohd Ali, jumlah kehadiran keseluruhan yang menghampiri 90 orang itu menggambarkan keprihatinan HALUAN dalam mendekati masyarakat terpinggir yang memerlukan santunan yang positif. Majlis itu turut disertai oleh mahasiswa dari Universiti Malaya dan UiTM Sungai Buloh.

“Ini tahun kali kedua kami di HALUAN Unit PJ turun ke Kompleks HALUAN Penyayang (KHP) ini untuk menyantuni anak-anak yatim dan miskin yang ditempatkan di sini. Saya difahamkan bahawa kaedah mereka mendidik penghuni di sini amat unik sekali iaitu mereka dititikberatkan dengan kecemerlangan akademik, potensi diri, karib Al-Quran dan mampu menjadi seorang insan berhemah tinggi dan beriman bila selesai episod penghunian mereka di sini. Ada yang bersekolah di sekolah kementerian dan ada di sekolah agama. Dan sudah ada yang tamat pengajian di IPT serta mampu berdakwah kepada masyarakat hasil didikan di kompleks serba sederhana ini,” katanya lagi.

Di antara aktiviti yang dijalankan HALUAN Unit PJ termasuklah-persiapan tempat dan makanan sebelum iftar, sesi bergambar, tazkirah ringkas oleh Encik Azman , majlis iftar selepas solat maghrib, penyerahan duit raya, serta bersolat isyak, terawih dan witir secara berjamaah.

Orang ramai yang sama-sama ingin menderma bolehlah membantu mereka melalui:

TABUNG ANAK YATIM DAN MISKIN HALUAN PENYAYANG
12-038-01-008109-8
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Laporan Nurul Shahridah Md Saleh, Pejabat HALUAN Unit PJ