fbpx

Asnaf Disantuni HALUANITA Unit PJ

Asnaf Disantuni HALUANITA Unit PJ

Asnaf Disantuni HALUANITA Unit PJ

PETALING JAYA, 1 Julai 2015 – HALUANITA Unit Petaling Jaya yang terdiri daripada golongan professional dan suri rumah telah melaksanakan program menyantuni tiga keluarga asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga miskin di sekitar Kampung Melayu, Sungai Buloh pada 28 Jun lepas bersamaan 11 Ramadhan 1436 Hijrah. HALUANITA Unit PJ memilih keluarga asnaf yang sama seperti tahun lepas bagi melihat perkembangan kehidupan harian mereka.

Program ziarah ini bermula dengan taklimat ringkas di rumah Puan Syamimi Samuin, ahli yang tinggal di kampung berkenaan. Barang-barang sumbangan berupa beras, gula dan minyak masak serta wang tunai turut diagihkan mengikut kumpulan.

Program ziarah asnaf yang masuk tahun ketiga ini merupakan program tahunan HALUANITA Unit PJ pada setiap kali bulan Ramadhan. Objektif program ini adalah mendekati masyakarat yang kurang bernasib baik dengan melihat sendiri tempat tinggal dan kehidupan seharian serta membantu mereka untuk kendiri. Mereka adalah calon-calon asnaf yang sangat memerlukan tindakan susulan memandangkan terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin yang masih kecil lagi. Kedatangan kami sememangnya dialu-alukan dan diterima dengan senang hati oleh mereka.

Ahli HALUANITA Unit PJ yang terlibat adalah seperti berikut:

Kumpulan 1

  1. Puan Ezura Nashuha Ab Hadi
  2. Puan Aisyah Abdullah
  3. Puan Syamimi Samuin

Kumpulan 2

  1. Dr Rofiah Ali
  2. Cik Nurul Shahridah Md Saleh
  3. Cik Maryam Jameelah

Kumpulan 3

  1. Puan Rokiah Jaafar
  2. Puan Siti Hasmah Mohd Noor
  3. Cik Afiqah Azman
  4. Cik Fatihah Azman

Kepayahan hidup mereka bagai tidak dibela. Puan Siti Fatimah Matli umpamanya merupakan seorang nenek tunggal, bekas pesakit kusta. Di usia yang lanjut ini, beliau menghidapi pula penyakit diabetes, gout dan paru-paru. Beliau terpaksa menjaga tiga orang cucunya yang masih kecil kerana mereka telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang telah bercerai. Sayu hati ini bila mendengar rintahan hati warga emas ini. Kumpulan 1 HALUANITA Unit PJ telah menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai dan barangan dapur kepada beliau untuk menyara cucu-cucunya berumur 11, sembilan dan tujuh tahun itu.

Ziarah tarbawi ke atas golongan asnaf ini banyak memberikan keinsafan kepada kita yang sentiasa Allah kurniakan dengan kemewahan, kesenangan dan kesihatan yang sering kita lupa mensyukuri.

Pihak HALUANITA Unit PJ mengalu-alukan sumbangan samada bentuk wang ringgit atau bahan makanan serta makanan zat tambahan seperti vitamin untuk disalurkan kepada golongan asnaf ini.

Para penderma bolehlah menghubungi Puan Syamimi di talian 012-920 4121

Laporan Nurul Shahridah Md Saleh, Pejabat HALUAN Unit PJ