fbpx

Puasa Ramadhan & Kesihatan Diri

Puasa Ramadhan & Kesihatan Diri

Puasa Ramadhan & Kesihatan Diri

PETALING JAYA, 30 Jun 2015 – HALUAN Unit Petaling Jaya terus mendidik dan berbakti kepada masyarakat sekitarnya dengan melaksanakan program Kuliah Dhuha yang berkisar isu Ramadhan dan penjagaan kesihatan.

Bertempat di Surau Al-Makmuriah Sri Pristana, Sg Buloh dua orang tokoh HALUAN daerah iaitu Dr Rofiah Ali dan Ustazah Aisyah Abdullah telah menyampaikan ceramah khas penuh pendidikan mereka kepada golongan wanita setempat di situ pada pagi 21 Jun lepas.

Program Kuliah Dhuha untuk muslimat ini adalah anjuran bersama HALUAN Unit PJ dengan pihak surau Al-Makmuriah dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para hadirin dengan kehadiran lebih 30 orang peserta. Mereka teruja dengan hujjah Dr Rofiah yang bercakap daripada sudut kesihatan. Beliau adalah seorang doktor pakar radiologi dari Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Puasa secara maknawiyah pula telah dihuraikan dengan menarik sekali oleh Ustazah Aisyah, seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Aqsa di Shah Alam, sebuah maahad tahfiz yang unik di segi kaedah pendidikan pelajarnya.

Laporan Nurul Shahridah Md Saleh, Pejabat HALUAN Unit PJ